• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Royal Enfield Hunter 350 (2023) Lancar di Malaysia 9 Mac ini! Harga Bawah RM20k?

Royal Enfield Hunter 350 (2023) Lancar di Malaysia 9 Mac ini! Harga Bawah RM20k?

February 27, 2023 By Sharil Leave a Comment

698
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MODEL yang dianugerahkan Motosikal Terbaik India (IMOTY) 2023, Royal Enfield Hunter 350 (2023) bakal dilancarkan untuk pasaran Malaysia, 9 Mac ini!

Royal Enfield Hunter 350 diperkenalkan di Thailand pada Ogos 2022, sebelum disusuli Indonesia pada Disember tahun lalu.

Trenkuasa motosikal ini dijana enjin siri-J, iaitu silinder tunggal 349cc yang juga unit sama digunakan Royal Enfield Meteor 350 dan Classic 350. Walaupun sama, tetapi enjin ditala berbeza.

Enjin silinder tunggal 349cc penyejukan udara dengan sistem suntikan bahan api elektronik (EFI) itu dipadankan transmisi manual 5-kelajuan berkuasa 20hp @6,100rpm dan tork 27Nm @ 4,000rpm.

Royal Enfield Hunter 350 (2023) ialah model yang sesuai dan mudah ditunggang pelbagai golongan dan lapisan umur berbanding Classic 350 dan Meteor 350.

Model itu juga menerima ciri khas seperti ABS dwi-saluran, fork teleskopik (depan) dan absorber kembar (belakang),termasuk pengecas USB dan kapasiti tangki petrol 13 liter.

Mengenai anggaran harga, lihat sahaja model sama di Indonesia yang dijual pada Rp106.4 juta (RM31,170).

Bagaimanapun, Royal Enfield Classic 350 di Indonesia dijual lebih mahal Rp118.9 juta (RM34,830), manakala model sama versi Malaysia dijual RM23,500 sahaja.

Memandangkan Royal Enfield Hunter 350 lebih murah di Indonesia berbanding Classic 350, adakah Hunter 350 versi Malaysia kelak akan dijual pada harga bawah RM20,000? 🤔

BACA >>> Royal Enfield Lancar Pusat 3S Kedua Malaysia, ke-152 Asia Pasifik
BACA >>> Royal Enfield Hunter 350 Motosikal Terbaik India 2023!

Related

698
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Classic 350, Meteor 350, roda2, Royal Enfield, Royal Enfield Hunter 350 (2023)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev