• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Indonesia Mahu Bina Fasiliti Ujian Perlanggaran Sendiri, Lebih Ketat daripada Asean NCAP

Indonesia Mahu Bina Fasiliti Ujian Perlanggaran Sendiri, Lebih Ketat daripada Asean NCAP

February 24, 2023 By Sharil Leave a Comment

14
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KEMENTERIAN Perhubungan Republik Indonesia (KemenHub) akan membangunkan Pusat Ujian Kelayakan Jalan Raya dan Pensijilan Kenderaan Bermotor (BPLJSKB), atau lebih dikenali sebagai 'proving ground' yang bertaraf antarabangsa di Bekasi, Jawa Barat.

Fasiliti itu yang sudah disebut sejak 2019, dan khabarnya akan siap dibina pada 2025 yang membolehkan pelaksanaan ujian kenderaan yang biasanya dibuat di luar negara kini dapat dilakukan di Indonesia.

bpljskb-logo-indonesia
kemenhub-indonesia-logo

Selain meningkatkan piawaian keselamatan untuk pengeluaran kereta domestik, pembinaan Proving Ground itu akan meningkatkan potensi kenderaan eksport dari industri automotif republik tersebut.

Ketua Pengarah Perhubungan Darat di KemenHub, Budi Setiyadi berkata, Indonesia bakal mempunyai piawaian ujian kemalangan kereta sendiri apabila kemudahan itu siap dibina kelak.

Nanti ada standard NCAP Indonesia. Itu diminta KNKT (Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional), termasuk rolling test.

Fasiliti dibangun bertaraf antarabangsa dan setiap kenderaan wajib melalui ujian pelanggaran seperti dinyatakan UNR (Peraturan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)," katanya.

Bagaimanapun, Ketua Direktorat Pengangkutan Darat Kementerian Pengangkutan, Dewanto Purnacandra berkata, beberapa aspek Asean NCAP akan diserapkan pada fasiliti berkenaan.

Nanti ada 19 perkara akan diterima pakai daripada Asean NCAP. Khusus Indonesia, akan ada tambahan rolling test. Draf itu sudah ada dan kita sedang menyediakannya selari pembinaan," katanya.

Antara piawaian diuji adalah perlindungan penumpang kanak-kanak dan dewasa, bantuan keselamatan, keselamatan motosikal, pengesan titik buta, perlindungan pejalan kaki, dan teknologi keselamatan penunggang termaju juga akan diuji.

Selain model kereta konvensional, model elektrik juga boleh diuji di fasiliti ini seperti ujian ketahanan bateri, kekuatan casis hingga ujian pelanggaran," kata Dewanto lagi.

BACA >>> 128 Juta Pemilik Motor Berdaftar Jadi Bukti Industri Motosikal Indonesia Masih Kecil
BACA >>> Euro NCAP Bakal Guna Patung Dummy Gemuk untuk Ujian Perlanggaran

SUMBER: Kompas.com

Related

14
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ASEAN NCAP, Auto Terkini, Budi Setiyadi, Dewanto Purnacandra, Indonesia, Kementerian perhubungan, Proving Ground, Rolling test, ujian pelanggaran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev