UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengeluarkan video teaser 'Defy' yang memberikan gambaran bahawa sesuatu mengenai Toyota Vios 2023 akan terungkai pada 24 Februari ini.
Kehadiran Vios ke negara ini sudah boleh disahkan kerana kebocoran gambar secara tidak sengaja oleh pelakon Malaysia, Sean Lee yang sedang berada dalam penggambaran komersial untuk mempromosikan Toyota Vios AC100 2023.
Siri foto yang disiarkan oleh Sean Lee di halaman Instagramnya (sudah dipadamkan) menunjukkan model Toyota Vios AC100 2023 serba baharu dalam beberapa jenis penggambaran komersial. Daripada foto-foto itu, kita dapat mengesahkan bahawa Malaysia tidak mendapat Yaris Atix dari Thailand, sebaliknya model yang sama seperti orang di Indonesia.
Sedan segmen B itu kini dibina di atas platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA), seperti Perodua Axia, Daihatsu Ayla dan Toyota Agya. Model ini telah dilancarkan di Indonesia pada Oktober 2022 selepas Thailand (Ogos 2022).
Jika nak dibandingkan dengan model lalu, Vios baharu ini lebih besar dengan 5mm lebih panjang, 10 mm lebih lebar dan 5mm lebih tinggi sementara jarak antara rodanya turut meningkat 70mm. Ini kerana reka bentuk rim 'Machining Alloy' 17 inci yang sama seperti yang ditawarkan di Indonesia dapat dilihat pada Vios terbabit. Ini juga bermakna yang Toyota Vios 2023 di Malaysia kemungkinan akan mendapat enjin 1.5 liter 2NR-VE yang dipadankan dengan D-CVT.
Di Indonesia, Vios dikuasakan oleh enjin petrol empat silinder aspirasi semula jadi 2NR-VE 1.5 liter dengan Dwi VVT-i yang menghasilkan 106 PS dan tork 138 Nm. Mungkin juga gambar yang tersebar ini merupakan salah satu strategi pemasaran Toyota untuk membuatkan orang ramai bercakap mengenai Toyota Vios 2023 ini.
Sama-sama kita nantikan!
BACA >>> Toyota Vios (2023) Serba Baharu Lancar di Indonesia, Harga Mula RM95.9k!
BACA >>> Thailand Lancar Toyota Vios (2023) Serba Baharu, 4 Varian, Harga Mula RM67k!
Leave a Reply