ADA sekitar 130 juta pemilik motosikal dan skuter di Indonesia tetapi jumlah itu tidak mencerminkan potensi sebenar industri motosikal di negara republik berkenaan.
Setiausaha Agung Persatuan Industri Motosikal Indonesia (AISI), Hari Budianto percaya industri motosikal masih berpotensi berkembang jika dilihat pada nisbah jumlah motosikal berbanding penduduk.
BACA >>> Lebih 153.4j Kenderaan Atas Jalan Indonesia, Motosikal Kekal Pengangkutan Paling Popular
BACA >>> Motosikal Kekal Mod Pengangkutan Paling Popular Indonesia, Jumlah Cecah 126 Juta Unit!
Beliau berkata:
Data Agensi Statistik Pusat (BPS) menunjukkan ada seramai 130 juta pemilik motosikal di Indonesia. Kalau mengikut ERI (Identifikasi Pendaftaran Elektronik) milik Polis Indonesia pula, jumlahnya seramai 128 juta dan (angka) ini masih boleh dikembangkan."
Statistik AISI menunjukkan Indonesia merekodkan jualan sebanyak 5.2 juta motosikal sepanjang tahun 2022.
BACA >>> Pasaran Motosikal Indonesia Paling Teruk Terjejas 2020, Honda Rugi 2 Juta
BACA >>> Jualan Motosikal Indonesia Merosot Teruk Sepanjang 2020, Cuma TVS Motor Buat Untung
MENGAPA YAKIN MASIH BOLEH KEMBANG?
Hari memberi contoh kiraan dengan andaian statistik jualan sepanjang tempoh 10 tahun lalu. Beliau mengambil purata jualan sebanyak 6 juta unit motosikal setahun (kadar sebelum pandemik Covid-19).
Katanya:
Kalau 6 juta unit darab dengan 10 tahun, maksudnya 60 juta kenderaan dan ini masih boleh dikembangkan. Jumlah penduduk di Indonesia ialah 270 juta orang. Kalau 60 juta motosikal setahun pun, masih boleh kembang empat kali lagi.
"Ini sesuatu yang boleh kita kembangkan. Masih ada kira-kira empat kali (ganda) lagi. Ia masih belum matang."
Apa yang beliau maksudkan ialah nisbah pemilikan motosikal baharu di Indonesia ialah 1:4 iaitu satu motosikal atau skuter untuk setiap empat penduduk Indonesia.
Bagaimanapun, bukan mudah mencapai sasaran itu kerana Hari menyatakan banyak perkara perlu dilakukan untuk mengembangkan industri motosikal Indonesia, ini termasuk mengatasi masalah bekalan cip semikonduktor.
BACA >>> Cewek Indonesia Terkejut Penunggang Motosikal Boleh Masuk Lebuh Raya di Malaysia
BACA >>> Indonesia Beri Insentif RM2.2k untuk Pembeli Motosikal Elektrik Keluaran Syarikat Tempatan
BACA >>> 2 Juta Motosikal Elektrik Di Jalan Raya Indonesia Menjelang 2025
SUMBER: KOMPAS
Leave a Reply