• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PM: Kerajaan Belanja RM1.6j Untuk Servis Kereta Rasmi Menteri Sepanjang 2020-2022

PM: Kerajaan Belanja RM1.6j Untuk Servis Kereta Rasmi Menteri Sepanjang 2020-2022

February 21, 2023 By Sharil Leave a Comment

122
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Kerajaan Malaysia membelanjakan RM1.6 juta untuk menyelenggara dan membaiki kenderaan rasmi Menteri Persekutuan sejak tahun 2020 hingga 2022.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kos penyelenggaraan kenderaan semasa pentadbiran mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2020 berjumlah RM672,000.

Tambahnya, manakala kos tahun 2021 dan 2022 masing-masing berjumlah RM478,991.50 dan RM450,690.66.

Beliau menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat menyatakan:

Jumlah kos penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan rasmi Menteri Persekutuan ialah RM1,601,682.16."

Beliau menjawab soalan Chong Zhemin (DAP-Kampar) yang mahukan butiran kos penyelenggaraan semua kenderaan rasmi menteri dari tahun 2020 hingga 2022.

Pada 2020, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri sehingga 24 Februari sebelum tugas diserahkan kepada  Muhyiddin, bermula 1 Mac 2020 hingga Ogos 2021 sebelum Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob menggantikan beliau.

BACA >>> Toyota Hilux, Vellfire Paling Banyak Dicuri Sepanjang 2015-2019
BACA >>> Kos Sewa, Selenggara Toyota Vellfire Menteri Malaysia Cecah RM5,759 Sebulan

Kabinet Muhyiddin terdiri seramai 32 Menteri dan 38 Timbalan Menteri.

Anwar menyatakan Menteri dibekalkan kenderaan jenis Toyota Vellfire 2.5L bermula April 2021 sebagai pengganti model Proton Perdana 2.4L.

Terdahulu, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pernah mendedahkan jumlah pajakan bulanan setiap Vellfire ialah RM5,759 iaitu RM4,852 untuk kos sewa dan RM908 untuk kos penyelenggaraan.

Zafrul menjelaskan, jumlah sewa bulanan untuk Vellfire adalah lebih rendah daripada apa yang dibayar Kerajaan untuk penggunaan Proton Perdana 2.4L Premium iaitu RM4,854.41 untuk setiap kenderaan.

Anwar berkata, Kerajaan membayar kos pajakan bulanan termasuk kos pajakan, penyelenggaraan dan pembaikan untuk setiap Vellfire berkenaan.

BACA >>> Proton Perdana Accord Edisi Limousine Ini Cuma Ada 5 Unit Sahaja di Malaysia!
BACA >>> Video Vellfire Selamba Pancung Jalan, Siap Cakap Tolak Ansurlah Melayu...

SUMBER: NST

Related

122
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan Malaysia, Kos Selenggara, menteri, Perdana Menteri, Proton Perdana 2.4L Premium, Vellfire

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev