TENAGA Nasional Berhad (TNB) dengan kerjasama PLUS Malaysia hari ini mengumumkan stesen pengecas TNB Electron DC (pengecasan pantas) kini beroperasi sepenuhnya.
Kemudahan pengecasan TNB Electron disediakan di tiga Kawasan Rawat & Rehat (R&R) membabitkan dua lebu raya iaitu Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).
- R&R Ayer Keroh (arah Utara) - PLUS
- R&R Tapah (arah Utara) - PLUS
- R&R Paka (arah Utara) - LPT2
Stesen pengecasan R&R Ayer Keroh dan Paka sudah beroperasi sebelum sambutan Tahun Baharu Cina manakala kemudahan pengecasan EV di R&R Tapah bermula semalam.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Baharin Din mengumumkan perkembangan tersebut pada majlis perasmian TNB Electron DC (arah Utara) R&R Ayer Keroh. Majlis perasmian disempurnakan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
BACA >>> Tengku Zafrul Yakin EV, Hibrid Capai 15 Peratus Jualan Kenderaan Tujuh Tahun Lagi
Baharin berkata:
Saya difahamkan sambutan dari pemilik EV amat menggalakkan terutama di Ayer Keroh. Diharapkan dengan adanya pengecas EV di Paka dan juga di kawasan-kawasan lain di bawah kendalian operator pengecas elektrik selain TNB, akan menggalakkan lebih banyak penggunaan EV di seluruh negara.
Melalui sembilan poin pengecas TNB Electron yang dibina di sepanjang Lebuhraya PLUS, ia dianggarkan melibatkan 99,154kWh elektrik yang akan dicaj sepanjang tahun 2023.
Kaedah ini dijangka mengurangkan 7.2 tan metrik karbon dioksida dan gas lain berbanding penggunaan kereta petrol. Ia bersamaan dengan pemerangkapan gas rumah hijau dalam satu tahun oleh 8.5 ekar hutan yang sama luas dengan 8 buah padang bola sepak
BACA >>> #Bajet2023: Gentari Sedia 500 Stesen Cas Menjelang 2024, TNB Labur RM165j untuk Fasiliti EV
TNB ELECTRON R&R AYER KEROH
- Stesen TNB Electron di Ayer Keroh dilengkapi kemudahan pengecassan 180kW CCS2 dengan dua penyambung, masing-masing menyalurkan kuasa 90kW.
- Sehingga hujung bulan ini, pengguna boleh mengecas secara percuma dan struktur harga akan diumum pada 1 Mac 2023.
BACA >>>> Mercedes EQS 500 4MATIC (2023) Versi CKD Masuk Pasaran Mac Ini, Harga RM648k!
6 LAGI STESEN TNB ELECTRON
Ada enam lagi stesen EV akan didirikan dan dijangka mula beroperasi di Kawasan Rehat & Rawat (R&R) tahun ini iaitu di:
- R&R Machap
- R&R Rawang
- R&R Gunung Semanggol
- R&R Gurun (arah Utara dan Selatan)
- R&R Paka (arah Selatan)
Jika semua stesen TNB Electron siap dibina tahun ini, ini bermaksud ada 18 kemudahan pengecasan EV untuk pengguna kenderaan elektrik.
KOMITMEN TNB
- TNB mahu melibatkan diri dalam pembangunan industri kenderaan elektrik selari dengan matlamat pembangunan kemampanan (SDG) Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu Climate Cities & Communities.
- Matlamat itu termasuk berusaha untuk mewujudkan penempatan penduduk dan jumlah bandar selamat, berdaya tahan dan mampan.
- Ia juga meliputi akses kepada sistem pengangkutan mampan selaras dengan perubahan iklim.
- TNB juga ada rancangan program elektrifikasi pengangkutan (fleet electrification) dengan sasaran awal 30 peratus kenderaan syarikat sedia ada ditukar kepada EV menjelang tahun 2030.
- Buat masa ini, TNB sudah memiliki 13 kenderaan elektrik iaitu empat unit bas, enam kereta dan masing-masing satu van, trak pikap dan EV tower wagon.
BACA >>> Proton Mahu Malaysia Jadi Hab, Pengeksport EV Pemanduan Kanan
PELABURAN RM90 JUTA TNB
TNB akan labur RM90 juta untuk membantu Agenda Peralihan Tenaga untuk menyokong ekosistem EV untuk tempoh tiga tahun.
Tujuannya adalah untuk menggalakan lebih ramai pengguna beralih daripada kenderaan petrol kepada EV. TNB menggariskan inisiatif yang akan fokus kepada lima aspek utama iaitu
- Latihan kemahiran semula (reskilling) pekerja
- Menukar semua kenderaan syarikat kepada EV
- Membangunkan infrastruktur pengecas
- Menaja pengajian berkaitan EV serta menjalin kerjasama dengan pemain industri EV
Leave a Reply