• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tengku Zafrul Yakin EV, Hibrid Capai 15 Peratus Jualan Kenderaan Tujuh Tahun Lagi

Tengku Zafrul Yakin EV, Hibrid Capai 15 Peratus Jualan Kenderaan Tujuh Tahun Lagi

February 15, 2023 By Shawkath Leave a Comment

51
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KENDERAAN elektrik (EV) dan hibrid dijangka merangkumi 15 peratus jumlah keseluruhan industri (TIV) Malaysia dalam tempoh tujuh tahun lagi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pernah membuat pengumuman itu pada pelancaran sedan elektrik, BYD Atto3 pada awal Disember 2022.

Pagi tadi, Zafrul mengulangi pengumuman sasaran kenderaan EV dan hibrid 2030 pada majlis pelancaran Mercedes EQS 500 versi pemasangan tempatan (CKD).

SASARAN EV, HIBRID MALAYSIA

  • 2030: EV dan hibrid mencapai 15 peratus TIV.
  • 2040: EV dan hibrid merangkumi 38 peratus TIV.
  • 2025: Mencapai misi penyediaan 10,000 stesen cas EV seluruh negara.

Mengimbas kembali prestasi EV tahun lalu, Malaysia cuma mencatatkan jualan 2,631 unit berbanding 274 unit sepanjang 2021. Stesen cas EV pula dianggarkan 1,000 unit seluruh negara.

APA KATA ZAFRUL

Mercedes Benz Malaysia adalah satu contoh syarikat yang membekalkan kenderaan (elektrik) di sini. Dan ada syarikat lain juga membuat pemasangan kereta EV di Malaysia.

"Tapi yang lebih penting adalah sasaran yang saya sebut tadi, di mana Kerajaan bersama dengan industri automotif kita dan industri EV lain perlu bekerjasama dalam stesen pengecas EV dan ekosistem EV.

"Ia penting, bukan saja dari industri automotif. Penglibatan pihak berkuasa tempatan (PBT) juga penting.

"Salah satu contoh adalah sasaran 10,000 stesen pengecas EV menjelang 2025. Kita perlu bekerjasama dengan syarikat-syarikat pemasang pengecas EV, PBT dan Kementerian terlibat.

"Kalau tidak, kereta EV ada tapi charger tak ada. Ini menyebabkan tidak lengkap ekosistem EV."

Beliau berkata, insentif diberikan Kerajaan sebelum ini membantu pengeluar EV dan mewujudkan limpahan ekonomi positif kepada Malaysia seperti peluang pekerjaan dan peralihan teknologi.

KENAPA ZAFRUL YAKIN SASARAN MAMPU DICAPAI?

Sasaran itu memang tinggi dan faktor harga. Kalau dilihat kereta-kereta EV di pasaran, (harga) masih lagi tinggi berbanding (kenderaan berasaskan) trenkuasa pembakaran dalaman (ICE).

"Tapi apa yang kita lihat ialah harga semakin menurun. Ini satu contoh. Kalau lihat seluruh dunia, harga kenderaan EV pun nampak trend menurun dengan perkembangan lebih banyak teknologi. Seterusnya permintaan. Jika permintaan tinggi dengan economy scalable (ekonomi boleh skala), kita harap ia terus turun.

"Saya optimis dengan perkembangan teknologi yang begitu pantas akan mengurangkan harga EV. Kita pun ada sasaran 38 peratus (TIV) menjelang 2040, tetapi ini bukan hanya sasaran EV tetapi juga kenderaan hibrid.

"Kalau sasaran itu cuma EV, saya rasa sukar untuk dicapai kerana kos kereta EV masih lagi tinggi untuk dapat volum yang kita sasarkan."

BACA >>> Proton Mahu Malaysia Jadi Hab, Pengeksport EV Pemanduan Kanan
BACA >>> Ni Hsin EV Tech Mahu Bawa Masuk Superbike Elektrik ke Malaysia Menjelang 2025
BACA >>> Menteri: Kereta Elektrik Versi CKD Mampu Beri Harga Bawah RM100k
BACA >>> Volvo C40 Recharge Pure Electric (2023) Versi CKD Kini di Malaysia, Harga RM288k!
BACA >>> #TahukahAnda: Volkswagen Sudah Bikin Kereta Elektrik Sejak 1972!
BACA >>> Toyota HEV: Kenapa Teknologi Hibrid Toyota Berbeza?

Related

51
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Mercedes-Benz Malaysia, Sasaran Kenderaan EV Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev