MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) adalah antara pengeluar kenderaan yang aktif mempelbagaikan tawaran model kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, terutama siri EQ.
Siri EQ di pasaran menampilkan tiga model kenderaan utiliti sukan (SUV), iaitu EQA SUV, EQB SUV dan EQC SUV. Varian sedan elektrik pula terdiri daripada EQE Saloon dan EQS Saloon.
BACA >>> MBM Lancar Sedan Elektrik Mercedes EQE 350+ (2022), Harga Mula RM419k!
BACA >>> Mercedes-Maybach S-Class 580 (2022) Tiba di Malaysia, Harga RM1.9j!
EQ VERSI CKD PERTAMA MALAYSIA
Terbaharu, MBM melancarkan EV sedan terbaharu, iaitu Mercedes EQS 500 4MATIC (2023) di kilang pemasangan di Pekan, Pahang.
Model itu ialah EV pertama EQ versi pemasangan tempatan (CKD) yang bakal memasuki pasaran pertengahan Mac ini. Harga atas jalan disyorkan RM648,888, iaitu harga dengan sifar cukai jualan, tetapi belum dikira insurans.
APA SEBENARNYA MERCEDES EQS 500 4MATIC?
Mercedes EQS ialah model sedan mewah elektrik penuh Mercedes-EQ yang dibina berasaskan arkitektur modular untuk segmen EV mewah.
Mercedes EQS 500 4MATIC (2023) ialah EV mewah pertama buatan tempatan yang menggabungkan elemen kemewahan, teknologi, rekabentuk anggun, fungsi dan konektiviti khas untuk pemandu dan penumpang.
Rekabentuknya mirip coupe, tetapi dengan imej lebih maskular dan berkarakter sedan mewah berinovasi. Setakat ini, cuma satu varian Mercedes CKD EQS 500 4MATIC (2023) ditawarkan kepada pelanggan Malaysia.
TRENKUASA LEBIH BERKUASA
Mercedes EQS 500 4MATIC (2023) dilengkapi dua unit motor elektrik berkuasa 330kW (449hp) dan tork 828Nm. Pecutan 0-100kmj sepantas 4.8 saat, manakala kelajuan maksimum 210kmj.
Setiap cas bateri penuh mampu mencapai jarak pemanduan antara 580km dan 696km, mengikut Prosedur Ujian Kenderaan Ringan Harmoni Sedunia (WLTP).
REKABENTUK EQS 500 4MATIC
Mercedes-EQ mengetengahkan rekabentuk Electric Art yang menekankan bentuk badan progresif dengan trim krom dan rim aloi 20 inci ringan.
Menggunakan gril ikonik Mercedes-Benz dan bumbung panoramik jenis gelangsar yang membolehkan sumber cahaya asli menerangi kabin.
Lampu utama Digital Light dengan ciri Bantuan Lampu Suluh Tinggi Adaptif (AHBA), manakala lampu belakang jenis terpisah bersambung dengan jalur lampu untuk paparan karakter siri Mercedes-EQ.
Rekabentuk Mercedes EQS 500 4MATIC (2023) bukan hanya hiasan, tetapi menambah baik aerodinamik dengan data seretan (Cd) 0.20. Menurut MBM, EQS ialah kenderaan pengeluaran paling aerodinamik dunia.
KABIN EQS 500 4MATIC
Ruang dalaman dengan skema Electric Art menggunakan material dan hasil kerja berkualiti tinggi. Juga dilengkapi pencahayan signatur, lampu ambien Mercedes-Benz, kerusi Comfort dengan karpet velor.
Pelapik bumbung jenis fabrik hitam, manakala stereng multi-info dibalut kulit Nappa dengan kemasan galvani (galvanised) termasuk pedal syif.
Skrin unit infotainmen MBUX Hyperscreen disediakan ciri standard menerusi panel skrin kaca dengan tiga paparan.
Skrin tersebut dimuatkan sistem multimedia MBUX dan teknologi OLED untuk paparan tengah dan paparan penumpang.
Juga ada pengimbas cap jari di bawah konsol tengah yang menyimpan tetapan peribadi dan data seperti destinasi pemanduan terkini, termasuk alamat.
Dilengkapi integrasi telefon pintar dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.
BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Bezakan Kulit Sebenar dan Kulit Sintetik (Leatherette)?
KAEDAH CAS BATERI
Ada dua pilihan disediakan iaitu arus ulang alik (AC) dan arus terus (DC) untuk cas pantas. Pengecasan DC (200kW) hanya mengambil masa 31 minit untuk meningkatkan kuasa bateri daripada 10 peratus kepada 80 peratus.
Pengecasan AC (11 kW) di stesen cas awam atau Mercedes-Benz Wallbox pula mengambil masa 10 jam untuk meningkatkan kapasiti bateri 10 peratus kepada 100 peratus.
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu Titik Buta Lori?
PAKEJ BANTUAN PEMANDUAN
Mercedes EQS 500 4MATIC (2023) didatangkan dengan:
Pakej Bantuan Tambahan Pemanduan yang merangkumi Active Distance Assist DISTRONIC, lanjutan automatik Re-start ketika dalam kesesakan trafik, Bantuan Kekal Lorong Aktif, Bantuan Stereng Aktif, Sokongan Mengelak Pengendalian, Dorongan Sisi PRE-SAGE dan sensor belakang untuk Bantuan Keluar Lorong.
Pakej URBAN GUARD pula memberi ketenangan kepada pemandu selepas parkir kenderaan. Ia termasuk sistem penggera anti-kecurian dengan ciri sisyem pemantauan dalaman yang boleh diakses menerusi aplikasi Mercedes me.
Juga dilengkapi kamera 360º dan Bantuan Parkir Aktif (APA) yang membolehkan pemandu melihat jelas kawasan sekeliling ketika meletakkan kenderaan.
Ada pancaran logo jenama Mercedes-Benz di sisi pintu kereta yang dibuka.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBM, Sagree Sardien berkata;
Mercedes-Benz mencapai titik kejayaan dengan pengeluaran kenderaan elektrik EQS 500 4MATIC. Ini menyokong strategi bisnes global kami untuk menawarkan rangkaian penuh EQ kepada pelanggan yang menyumbang kepada penerimaan EV lebih tinggi di Malaysia.”
Hadir sama pada majlis tersebut ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.
BACA >>> #Perbandingan: Perodua Axia AV (2023) vs Axia AV (2019), Siapa Lagi Ngam?
BACA >>> Tiada Lagi 4-EAT, Perodua Axia (2023) Guna Transmisi D-CVT, Apa yang Bagus?
BACA >>> #FaktaAtauAuta: Benarkah Parkir Stereng Belok Boleh Rosakkan Tayar?
Leave a Reply