• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Jadi Pengeluar Kereta Paling Banyak Daftar Paten 2022!

Toyota Jadi Pengeluar Kereta Paling Banyak Daftar Paten 2022!

March 2, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

22
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PATEN ialah simbol kepada inovasi sesebuah organisasi dan juga negara. Bagi tahun kesembilan berturut-turut, Toyota dianugerahkan paten terbanyak pada 2022 dalam kalangan pengeluar kereta daripada Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat (USPTO).

Senarai tahunan itu dikeluarkan Persatuan Pemilik Harta Intelektual (IPO). Toyota juga naik ke tangga keempat bagi kategori paten keseluruhan yang dianugerahkan kepada sesebuah syarikat.

BACA >>> Paten Toyota Sienta (2022) Serba Baharu Tular di Indonesia
BACA >>> CFMoto Daftar Paten Superbike 1,000cc Guna Enjin Konfigurasi V4

uspto-amerika-syarikat-logo
persatuan-ipo-logo

Kedudukan itu paling tinggi pernah dicapai dalam tempoh 40 tahun senarai, sekali gus mengukuhkan kedudukan Toyota sebagai peneraju dalam teknologi dan inovasi membabitkan jenama terkemuka dunia.

Berikut fakta paten Toyota 2022:

  • Hampir separuh daripada 3,056 paten yang dianugerahkan adalah untuk mobiliti masa depan seperti bateri, bahan, automasi dan keselamatan.
  • Optimizing Energy Transfer During EV Charging - Sistem bagi mengoptimumkan jumlah tenaga yang dipindahkan kepada EV dari pelbagai sumber dan sepanjang laluan pemanduan dengan pengesanan melalui teknik blok rantai bagi menggunakan tenaga dengan cekap.

  • Vehicle Control Based on Driver Engagement - Sistem dan kaedah yang dibangunkan Pusat Penyelidikan Keselamatan Kolaboratif (CSRC) Toyota untuk pengendalian dan kawalan kenderaan yang selamat menggunakan pengesanan canggih bagi mengukur keupayaan manusia mengendalikan situasi luaran anomali dengan selamat.
  • Water System for a Fuel Cell Vehicle - Menggunakan air yang dijana dari kenderaan sel bahan api hidrogen sebagai hasil sampingan untuk memberi nilai tambah kepada pengguna kenderaan. Antaranya, meningkatkan keupayaan radiator berdasarkan permintaan melalui pengkabusan (misting) dan membekalkan air untuk sistem terbina dalam (on-board) lain.
  • Seat Massaging Technology - Aktuator memori bentuk A aloi untuk gerakan urut jenis baharu pada kerusi bagi pengguna merasai urutan shiatsu. (Ditawarkan secara perlesenan menerusi Toyota IP Solutions).
  • Vibration Isolation for Bicycles - Batang kerusi dengan pemisah getaran baharu bagi mengurangkan hentakan dari permukaan jalan yang dirasai pada tempat duduk. (Ditawarkan secara perlesenan menerusi Toyota IP Solutions).

Di peringkat global, Toyota membelanjakan lebih AS$1 juta (RM4.3 juta) setiap jam untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memastikan pengeluar itu kekal sebagai peneraju mobiliti dan kenderaan selamat, berkualiti tinggi dan menarik kepada pelanggan.

BACA >>> Toyota Prius (2023) Serba Baharu Lancar di Jepun, Harga Mula RM92k
BACA >>> Toyota GR Supra (2023) dengan Gear Manual Kini di Australia, Harga Mula RM260k Sahaja!

Paten Toyota Motor North America 01
Paten Toyota Motor
Toyota Research Institute Toyota GR Supra Drift.01
Toyota Research Institute Toyota GR Supra Drift.06
Toyota Research Institute Toyota GR Supra Drift.04
Toyota CSRC
Toyota-Brand-Logo

Related

22
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Intellectual Property Owners Association (IPO), paten Toyota, Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat (USPTO), Toyota, United States Patent and Trademark Office

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev