• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Skuter Modenas Elegan 250 EX (2023) Masuk Pasaran, Harga RM16.9k!

Skuter Modenas Elegan 250 EX (2023) Masuk Pasaran, Harga RM16.9k!

February 9, 2023 By Shawkath Leave a Comment

183
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MODENAS mengumumkan ketibaan skuter maksi Modenas Elegan 250 EX (2023) ke pasaran Malaysia dengan harga jualan RM16,997.

Skuter itu ialah model versi dipertingkat, Elegan 250 ABS yang kini patut piawaian Euro4 dan hadir dalam dua warna pilihan, Matte Silver Crystal (perak) dan Petroleum Blue (biru gelap).

BACA >>> Modenas Kemas Kini Warna Skuter Elegan 250 ABS, Harga Kekal
BACA >>> EMOS Lancar Modenas Ninja 250 Ohlins (2022) Edisi Terhad, Harga Mula RM20.5k!

TRENKUASA MODENAS ELEGAN 250 EX

Modenas Elegan 250 EX (2023) serba baharu ini dipacu enjin 4-lejang 2-injap silinder tunggal 249.1cc SOHC dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 22.1hp @ 7,000rpm, dan tork 22.4Nm @ 6,500rpm, manakala sistem transmisi automatik CVT.

Bagi menepati piawaian Euro4, skuter maksi ini didatangkan dengan komponen tambahan anti-pelepasan untuk meminimumkan emisi gas ekzos beracun, sekali gus menjimatkan penggunaan petrol.

BACA >>> Modenas, Allianz Partners Jalin Kerjasama Tawar Pakej Lanjutan Waranti Motosikal

NAIK TARAF LAMPU DEPAN

Modenas Elegan 250 EX (2023) dilengkapi lampu depan projektor berserta lampu siang (DRL) LED. Lampu brek belakang tampil dengan rekaan abjad X.

BACA >>> Modenas Kriss Tukar Status Jadi Euro4, Tahun Depan!

PERINCIAN MODENAS ELEGAN 250 EX

Selain lampu depan, semua ciri asal Elegan 250 ABS dikekalkan pada Modenas Elegan 250 EX (2023) ini. Antaranya, panel meter digital multi-info dengan paparan maklumat spidometer, jam digital, petunjuk voltan bateri dan bar petrol.

Skuter maksi ini turut dilengkapi soket USB untuk mengecas telefon pintar ketika menunggang.

Sistem brek menggunakan brek cakera tunggal 260mm dengan kaliper 3-piston (depan), dan brek cakera 240mm dengan kaliper 2-piston (belakang) berserta Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.

Rim aloi depan bersaiz 14 inci, dan belakang 13 inci dengan saiz tayar 120/80 (depan) dan 150/70 (belakang).

Berat skuter masih 195kg dengan kelebihan titik graviti rendah (150mm) untuk pengendalian lebih lincah tanpa menjejaskan kestabilan.

Kapasiti tangki minyak 12.5 liter. Dimensi skuter pula memiliki panjang 2,235mm, lebar 810mm dan tinggi 1,375mm, manakala jarak roda 1,540mm.

BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Kira Baki Petrol dalam Tangki Selepas Lampu Minyak Berkelip

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan berkata;

Modenas Elegan terkenal dengan reputasi keselesaan. Model ini didatangkan waranti dua tahun atau 20,000km (mana satu tiba dalu), banyak ciri hebat, ergonomik baik, dan nama Modenas dengan reputasi sokongan selepas jualan cemerlang.

“Secara keseluruhan, inilah pengguna mahukan untuk skuter yang bernilai. Kebanyakan masa dan usaha digunakan untuk menjadikan model ini skuter boleh dipercayai dan memenuhi kehendak pengguna.”

BACA >>> #SembangDeras: Betul Ke Tayar Stok Kilang Kualiti Sampah?
BACA >>> #ApaNakBuat: Cara Cegah Enjin, Transmisi Skuter Rosak Awal
BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Jaga Pelana Motosikal Supaya Tidak Mudah Pecah, Merekah

Related

183
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Modenas, Modenas Elegan 250 EX (2023), Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd, roda2, skuter, skuter maksi, Skuter Modenas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my