• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Modenas Kemas Kini Warna Skuter Elegan 250 ABS, Harga Kekal

Modenas Kemas Kini Warna Skuter Elegan 250 ABS, Harga Kekal

September 20, 2021 By Shawkath Leave a Comment

364
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MODENAS sudah memperkenalkan pilihan warna baharu untuk skuter Elegan 250 ABS iaitu Satin Matte Blue (biru) dan mengekalkan opsyen warna Satin Matte Black (hitam). Harga yang disyorkan kekal RM15,315!

Warna biru itu adalah seragam baharu ialah menjadi warna pengganti kepada Satin Matte Red (merah) yang sudah ditamatkan. Berdasarkan maklumat diterima, masih ada pilihan varian Elegan 250 ABS merah di pasaran tetapi bilangannya semakin terhad.

BACA >>> Modenas Elegan 250 ABS (2020) Lancar, Harga RM15,315 Sahaja!

Modenas Elegant 250 3
Modenas Elegant 250 5

Aspek teknikal skuter suku liter itu kekal seperti model tahun 2020 dan berikut ialah spesifikasinya:

  • Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal SOHC 2-injap 249.1cc dengan sistem penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 22.1hp @ 7,000rpm dan tork 22.4Nm @ 6,500rpm. Menggunakan sistem transmisi CVT dan sistem pemacu tali sawat.

  • Lampu depan jenis projektor dengan lampu siang (DRL), lampu belakang pula berkonsep abjad ‘X’ jenis LED.
  • Ada soket USB disediakan di dalam kotak simpan pemuka untuk membolehkan anda mengecas semula bateri telefon pintar semasa menunggang.

  • Kluster instrumen digital multifungsi dengan pelbagai paparan maklumat tunggangan termasuk spidometer, odometer, jam digital, indikator voltan bateri dan pengingat penukaran minyak yang tiada pada model berharga lebih premium.
  • Sistem henti membabitkan cakera tunggal 260mm (depan) dan 240mm (belakang) dilengkapi teknologi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
  • Sistem suspensi ialah fork teleskopik (depan) dan absober berkembar (belakang).

BACA >>> Modenas Lancar Dominar D400 (2021), Harga Mula RM13.9k!
BACA >>> #Spyshot: Semi-Naked Bajaj Pulsar 250F Diuji di India, Modenas Bawa Masuk Malaysia?
BACA >>> Perbandingan: Yamaha YZF-R15 vs Modenas Pulsar RS200 vs GPX Demon GR200R

Related

364
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Modenas, Modenas Elegan 250 ABS, Modenas Elegan Biru, roda2, Skuter 250cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev