• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mazda CX-90 (2024) Debut di AS dalam Pilihan Enjin Turbo MHEV, PHEV

Mazda CX-90 (2024) Debut di AS dalam Pilihan Enjin Turbo MHEV, PHEV

February 3, 2023 By Shawkath Leave a Comment

80
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MAZDA memperkenalkan Mazda CX-90 (2024) di Amerika Syarikat (AS) dan mengesahkan kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen premium itu akan ditawarkan dalam dua pilihan trenkuasa.

Dua trenkuasa ditawarkan itu akan dipadankan transmisi automatik 8-kelajuan baharu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Operasi Mazda Amerika Utara, (MNAO), Jeff Guyton berkata;

Di Mazda, fokus kami adalah menyampaikan pengalaman pemilikan yang memperkaya kehidupan pelanggan. Dengan setiap kenderaan baharu dilancarkan, kami mencabar diri untuk mencapai kemajuan menerusi pendekatan rekabentuk yang menumpukan manusia dan kejuruteraan.

"CX-90 menawarkan prestasi responsif dan bertenaga, rekabentuk menawan dan teknologi intuitif. Kami amat berbangga dengan hasil kerja pasukan CX-90."

Mazda CX-90 (2024) didatangkan dengan enjin 6-silinder sebaris e-Skyactiv G 3.3L turbo berkuasa 340hp dan tork 501Nm.

Enjin itu dipadankan teknologi M-Hybrid Boost (sistem hibrid ringan, MHEV) yang menawarkan kecekapan tanpa berkompromi  dengan aspek prestasi.

Teknologi M-Hybrid Boost tersebut dipasang antara enjin dan transmisi dengan menghasilkan pecutan lancar dalam situasi pegun yang membolehkan motor elektrik menyalurkan kuasa terus pada halaju rendah.

Selain itu, Mazda CX-90 (2024) turut menawarkan trenkuasa hibrid plug-in (PHEV) baharu e-Skyactiv Plug-in Hybrid.

Mazda mendakwa enjin tersebut mampu meledakkan kuasa 323hp dengan tork 501Nm. Sistem PHEV itu juga adalah gabungan enjin 4-silinder 2.5L, unit motor elektrik tunggal dan pek bateri 17.8kWh.

BACA >>> Pencuri Mazda6 Pandu Turun Tangga, Tapi Sangkut Rel Tangan
BACA >>> Demi Peminat, Mazda Hasilkan Semula Komponen MX-5 Mk1
BACA >>> #RetroAuto: Mazda Miata - Roadster Popular Unik Lebih Tiga Dekad

SUMBER: Carmudi

Related

80
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Jeff Guyton, M-Hybrid Boost, Mazda AS, Mazda CX-90 (2024), Roda4, SUV Mazda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev