• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Mahu Malaysia Jadi Hab, Pengeksport EV Pemanduan Kanan

Proton Mahu Malaysia Jadi Hab, Pengeksport EV Pemanduan Kanan

February 2, 2023 By Shawkath Leave a Comment

182
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PROTON akhirnya menjelaskan rancangan berhubung hala tuju kenderaan elektrik (EV) di Malaysia walaupun tidak menyebut tempoh pelaksanaan secara spesifik.

Apa dibentangkan cuma pelan pelaksanaan rancangan berkenaan melibatkan tiga fasa utama:

  • Pengenalan awal (EV Pioneering)
  • Pertumbuhan (EV Growth)
  • Pengeluaran (EV RHD Hub)

BACA >>> Proton Pun Tak Cadang Naikkan Harga Kenderaan Tapi….
BACA >>> Proton Mampu Langsai 'Hutang' Kenderaan Skim PENJANA Sebelum 31 Mac 2023

Rancangan akan bermula dengan penerokaan kenderaan hibrid ringan (mild hybrid electric vehicle, MHEV), disusuli kenderaan elektrik bateri (batery electric vehicle, BEV) dan hibrid plug-in (PHEV). Selepas itu, model BEV akan menjadi produk utama Proton.

Proton juga bakal melancarkan kereta elektrik smart #1 ke pasaran Malaysia tahun ini, termasuk satu model baharu, dipercayai Proton X90. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata;

Berhubung produk, kita akan mulakan dengan MHEV dan BEV yang sudah tentu model smart #1 yang akan dilancarkan tahun ini.

"Dipantaskan ke depan, rangkaian produk akan dikembangkan lebih kepada model BEV dan PHEV.

"Jika lihat pada slaid pembentangan, memang ada pelan untuk sinergi perindustrian EV kami dengan beberapa jenama lain dalam Geely Group.

"Saya tidak menjanjikan apa-apa, tetapi anda mungkin dapat lihat beberapa tawaran menarik EV di Malaysia pada masa akan datang. Ini semua untuk masa depan.”

TIGA FASA HALA TUJU EV PROTON

EV Pioneering
  • Meneroka pasaran EV
  • Keupayaan pembangunan
  • Mengukuhkan kesedaran pasaran
EV Growth
  • Pengeluaran EV tempatan
  • Pembanguan ekosistem
  • Mempercepat penerimaan EV di Malaysia
EV RHD Hub
  • Pembangunan penuh ekosistem
  • Eksport

Roslan menjelaskan, rancangan Proton selari dengan Rangka Tindakan Masa Hadapan Karbon Rendah Malaysia, Rancangan Automotif Malaysia dan Rancangan Malaysia ke-12.

BACA >>> SUV Proton X90 Masuk Pasaran Bulan Depan?
BACA >>> Proton Catat Prestasi Jualan Terbaik Sejak 2013, 141,432 Unit Terjual Sepanjang 2022
BACA >>> Karamjit Singh Tinggalkan Proton, Pilih Perodua Myvi 2.0L Turbo, 4WD

Related

182
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV) Proton, Proton, Proton Hala Tuju Elektrik 2023, Proton X90, Roslan Abdullah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my