Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Catat Prestasi Jualan Terbaik Sejak 2013, 141,432 Unit Terjual Sepanjang 2022
Auto Terkini

Proton Catat Prestasi Jualan Terbaik Sejak 2013, 141,432 Unit Terjual Sepanjang 2022

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize04/01/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

PROTON menutup jendela 2022 dengan pertumbuhan jualan empat tahun berturut-turut dengan jualan keseluruhan tertinggi sejak 2013.

Buku jualan Proton pada 2022 ditutup dengan 141,432 unit terjual (domestik dan eksport) selepas mencatatkan 14,750 unit  sepanjang Disember, juga jualan bulanan keempat terbaik tahun tersebut.

BACA >>> #RetroAuto: Petronas Pernah Bikin Enjin Prestasi Setanding Honda VTEC untuk Proton
BACA >>> Proton X70 ‘Scrap’, Harga Mula RM25k!

Berbeza 2021, terdapat peningkatan 23.3 peratus walaupun menghadapi kesukaran awal tahun apabila bekalan alat ganti terjejas akibat banjir, dan kekurangan cip secara global hingga menyebabkan penurunan jumlah jualan empat bulan pertama.

Sementara itu, jumlah  jualan pasaran antarabangsa pula meningkat kepada 5,406 unit, berkembang 79.1 peratus yang membolehkan Proton mengakhiri tahun ini sebagai pengeksport utama industri.

Dengan ini, Proton kekal di tangga kedua dalam industri dengan anggaran pegangan pasaran 19.6 peratus. Jumlah keseluruhan industri (TIV) 2022  dianggarkan melebihi 720,000 unit.

Proton X50 kekal sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B terlaris di Malaysia dengan jualan 3,764 unit sepanjan Disember, mengakhiri 2022 dengan rekod jualan tahunan SUV baharu sebanyak 40,681 unit. Ini juga peningkatan 41.4 peratus berbanding 2021 yang menjadikan SUV subkompak ini model kedua terlaris dalam barisan model Proton.

Walaupun dicabar pesaing baharu, Proton X70 kekal sebagai SUV segmen-C terlaris di Malaysia untuk 4 tahun berturut-turut. Raja SUV kompak Malaysia ini mengakhiri tahun dengan 1,787 unit terjual sepanjang Disember dengan angka keseluruhan 18,533 unit. Ini menyaksikan peningkatan 13.1 peratus berbanding tahun terdahulu.

Selain itu. Proton Exora masih menjadi peneraju kenderaan pelbagai guna (MPV) segmen-C di Malaysia dengan angka jualan 4,275 unit sepanjang 2022, meningkat 5.9 peratus berbanding 2021.

Proton Saga pula berada di tangga kedua sedan segmen-A Malaysia menerusi 5,913 unit terjual sepanjang Disember 2022, sekali gus menyaksikan peningkatan jumlah jualan sepanjang 2022 kepada 55,878 unit atau 31.1 peratus berbanding tahun terdahulu.

Proton Persona di tempat ketiga dalam kategori sedan segmen-B dengan jualan 2,322 unit sepanjang bulan lalu dengan jumlah jualan tahun ini 16,357 unit dan mencapai pertumbuhan 1.3 peratus.

Namun malang buat Proton Iriz yang terus dibelenggu isu bekalan pengeluaran dengan mengalami penurunan jualan 14.9 peratus sepanjang tahun lalu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Roslan Abdullah berkata;

Melihat ke depan di tahun 2023, Proton yakin dapat mencapai lebih banyak pertumbuhan dengan penambahan rangkaian tawaran dan pelancaran model baharu kami tahun ini.

“Bagaimanapun, kami menjangka TIV menyusut daripada jumlah rekod 2022 kerana penghantaran pesanan yang dibuat ketika tempoh pengecualian cukai jualan akan dipenuhi pada akhir Mac nanti.

“Kadar faedah juga dijangka meningkat lagi tahun ini yang akan menjadikan sukar buat industri automotif untuk terus meningkatkan jualan.”

Sementara itu, jualan eksport Proton terus berkembang sepanjang tahun lalu pada 79.1 peratus dengan angka penutupan 5,406 unit. Pertumbuhan itu dikuatkan peningkatan konsisten dalam industri perkapalan dan pertumbuhan dalam pasaran utama seperti Pakistan dan kemasukan Afrika Selatan dalam senarai pasaran eksport baharu Proton.

BACA >>> Proton Eksport 5,028 Kenderaan, Pakistan Jadi Pasaran Luar Negara Terbesar 2022!
BACA >>> Proton Perkenal Kilang Pemasangan Enjin 1.5 TGDI untuk Model Baharu di Tanjung Malim

2022 Jumlah Jualan Proton proton exora Proton Iriz Proton Persona Proton Saga Proton X50 Proton X70 TIV
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    RCB, UMA Racing perkenal barisan atlet, dan duta 2026
    Auto Terkini

    RCB, UMA Racing Perkenal Barisan Atlet, Duta 2026, Terus Sokong Bakat Lumba Malaysia

    08/06/2026
    Suzuki Malaysia perkenal barisan model SUV baharu
    Roda4

    Naza Eastern Lancar Barisan SUV Suzuki Baharu, Perkenal Jimny AllGrip Plus, Jimny Rhino Plus dan Fronx Sport

    08/06/2026
    Roda4

    Ford Everest Baharu Dilancar di Malaysia, Ada Tiga Varian, Harga Mula RM316,888

    08/06/2026
    Auto Terkini

    Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

    05/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.