PERODUA mengesahkan pihaknya sedang mengambil langkah berhubung masalah penapis minyak (oil filter) yang didakwa mudah bocor.
Iu itu dijelaskan sendiri Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad selepas selesai sidang media pembentangan pelan Perodua Outlook 2023 di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, Selasa lalu.
BACA >>> Isu Penapis Minyak Bocor Banyak Kali, Pemilik Kongsi Video Mohon Perhatian Perodua
BACA >>> CEO Perodua: Bekalan Cip Cukup untuk Capai Sasaran 300k Unit Tahun Ini
Beliau berkata;
Tentang oil filter (penapis minyak bermasalah) itu, kita sedang ambil tindakan. Contohnya, kita sedar masalah penapis minyak ini datang dari (pembekal) aftermarket.
“Maknanya, pembekal penapis minyak dari aftermarket ada masalah dan pembekal original kami di kilang tidak ada masalah. Jadi, apa kita buat adalah kita dah bincang balik dengan pembekal original untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran.
“Bukan bermaksud dia tidak boleh bekal untuk pasaran aftermarket. Sebab dulu dia ada masalah kapasiti pembekalan. Kita dah bincang dengan mereka (pembekal original) untuk meningkatkan (bekalan) kapasiti dengan harapan mereka juga dapat membekalkannya ke aftermarket.
“Jadi, ini akan ada dua sumber pembekalan (pengedar original dan aftermarket). Harap-harap pembekal sedia ada aftermarket kami akan tambah baik pengeluaran dan kualiti.”
Mengulas mengenai kapasiti pengeluaran penapis minyak dari pembekal tulen (original), Zainal Abidin mengakui perkara itu sukar dijawab jika merujuk secara spesifik untuk komponen berkenaan.
Berikut penjelasannya;
Kalau bercakap tentang pengeluaran macam saya cakap tadi tu, kita nak hasilkan 330,000 unit kenderaan, kapasiti (pembekal original) perlu 5 peratus lebih tinggi, contohnya 350,000 unit."
"Tapi untuk kes oil filter ini secara spesifik, saya sudah bincang dengan pembekal OEM itu untuk dia buat spesial kapasiti hanya untuk menampung oil filter aftermarket."
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Fungsi Penapis Minyak Kereta? Kenapa Perlu Tukar?
BACA >>> #TahukahAnda: 4 Tanda Anda Kena Tukar Penapis Minyak
BACA >>> #TahukahAnda: 10 Tip Asas Jimat Minyak yang Setiap Pemandu Kena Tahu
MOHAMAD SHIHAB BIN AHMAD BASAR says
The problem is, why Perodua management and center still use and sold the bad condition of oil filter, although it will clearly give a leakage problem during the period of its use and this gives a disappointment and dissatisfaction to the customers especially when changing parts at the Perodua service center.
Perodua should stop selling problematic oil filters to users, but this is not the case. Perodua continues to sell low-quality oil filters. They only think about their profits and losses and seem to ignore the problems faced by customers.
Yes, it's true that Perodua will replace it with a new oil filter after the customer claims and top up the oil engine, but if this problem recurs three to four times, is it a normal problem and not serious? I said, it's serious and very irresponsible. It also took a long time to get a claim, even though only ordered an oil filter.
I as a customer frankly said this is a company that is managed badly and outright unprofessional. If the management does not felt guilty, still stubborn and only cares about the company's profits and does not care about and prioritizes quality parts and services to the customer, do not blame the customer if one day the Perodua Company will be boycotted and it is not an exaggeration if I say it will sink slowly. I don't hope so, but your entire management should be asking yourself and being aware of your weaknesses.
We support you, but you don't prioritize us.
Sri Rahayu Ismail says
Dah kali kedua saya mengalami masalah oil filter leaking. Dan ianya akan berlaku sebulan atau 2 bulan selepas servis.
Perodua seharusnya perlu lebih bertanggung jawan, jangan hanya memikirkan soal keuntungan semata-mata.
Kualiti perlu menjadi keutamaan.
Situasi ini telah memberikan kesan kpd kesejahteraan pengguna kerana terpaksa mengorbankan.masa hanya kerana isu yg tak seharusnya berlaku.
Tan says
Masuk service center utk barang Ori, knpe pulak pakai barang aftermarket?!
Kalau nak aftermarket/OEM dah lama service dkt luar lah! Buat ape masuk balik service center?!
Perodua sedang main shortcut skrg..Tak tau ape bende lagi diorg dah drop quality.
Kereta perodua skrg dah Tak leh percaya lagi.
Allan Chan says
I gave up on my Myvi !..selling off for another brand the only choice...SC tai chi ,Perodua top fellas sitting in their air cond rooms tai chi. Expect we users very free any time can go to SC to rectify the problems!
Norhisham says
Kalau tak boleh selesaikan isu sekecil oil filter ni,baik tak payah jual kereta lah perodua weh, menyusahkan pengguna yg terpaksa ulang alik ke services centre.