• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Apakah Fungsi Penapis Minyak Kereta? Kenapa Perlu Tukar?

#TahukahAnda: Apakah Fungsi Penapis Minyak Kereta? Kenapa Perlu Tukar?

June 10, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

3.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FUNGSI utama penapis minyak ialah membersihkan minyak enjin sebelum disalurkan ke seluruh komponen dalaman enjin yang bergerak. Penapis minyak akan memastikan tiada jelaga, logam atau bendasing yang sangat kecil (15-40 mikron) menembus masuk yang berisiko menyebabkan komponen enjin saling bergesel.

GANTI SETIAP KALI MENUKAR MINYAK ENJIN

Penapis Minyak Enjin_2
Penapis Minyak Enjin_5
Penapis Minyak Enjin_3

Kenapa penapis minyak perlu diganti baharu setiap kali  menukar minyak enjin? Ini kerana jika ia tidak ditukar, kereta kita berisiko mengalami masalah seperti penapis minyak penuh atau tersumbat yang boleh menjejaskan aliran minyak untuk bekerja dengan cekap.

Ingat, enjin kenderaan berisiko tercemar akibat kotoran yang tidak ditapis sempurna penapis minyak, lebih-lebih lagi jika ia sepatutnya diganti baharu. Ini membuatkan minyak itu, yang sepatutnya berfungsi sebagai pelindung, pembersih dan penyejuk, tidak mampu bertugas sempurna.

BACA >>> #TahukahAnda: Bolehkah Tukar Minyak Enjin Mineral ke Sintetik, atau Sebaliknya?

Masalah terakhir yang mintak dielakkan setiap pemilik kenderaan ialah enjin berisiko rosak teruk hingga menelan kos baik pulih tinggi.

CARA MUDAH PILIH PENAPIS MINYAK

Cara mudah memilih penapis minyak ialah dengan memadankan bahagian nombor daripada spesifikasi kenderaan anda. Ini hanya boleh dilakukan jika anda memilih penapis minyak OEM atau asli, dan bukan sembarangan jenama. Jika membeli produk aftermarket, anda perlu perhatikan ukuran alur dan diameter yang sesuai dan tepat mengikut produk asal.

Ini kerana ukuran penapis minyak setiap kereta tidak sama. Jika saiz alur dan diameter tidak sesuai, ia berisiko menyebabkan kebocoran. Tetapi jika pergi ke kedai alat ganti, cukup saja maklumkan maklumat seperti jenis kereta, varian dan tahun dikeluarkan.

Nasihat kami, pastikan beli produk tulen!

BACA>>>#TahukahAnda: Apakah Perbezaan Penapis Udara Enjin dan Penapis Udara Kabin?

SUMBER: Suzuki.co.id

Artikel Berkaitan

3.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: alat ganti, apanakbuat, autotainment, minyak enjin, minyak enjin bocor, Penapis Minyak, penapis minyak enjin, Penapis Minyak Kereta, tahukah anda, tip kereta, tukar minyak enjin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
    MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
  • MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
    MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
  • #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
    #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
  • Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
    Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my