• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Aveta VADV 150 (2023) dengan Dashcam, TPMS, GPS Tiba Februari Ini, Harga RM14k?

Aveta VADV 150 (2023) dengan Dashcam, TPMS, GPS Tiba Februari Ini, Harga RM14k?

January 30, 2023 By Shawkath Leave a Comment

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SELEPAS melancarkan sportbike Aveta VZR250 (2023) ke pasaran tempatan, Aveta Malaysia dikhabarkan bakal memperkenalkan skuter afvencer 150cc menjelang pertengahan Februari ini.

Skuter dwi-guna itu dikatakan diberikan nama Aveta VADV 150 (2023) dengan tiga pilihan warna iaitu kuning, merah dan biru, manakala harga anggaran kira-kira RM14,000 seunit.

BACA >>> Kenapa Skuter XDV 250i (2023) Guna Nama WMoto, Bukan Keeway?
BACA >>> BSH Lancar Honda ADV 160 (2023) di Malaysia, Harga RM12.9k

Malah ada pengedar sudah mula mengambil tempahan untuk skuter berkenaan. Pengedar TR Motorworld dalam perkongsian di Facebook menguarkan skuter baharu itu akan dilengkapi dua unit perakam video digital (DVR) di depan dan belakang.

DVR itu mungkin dibekalkan sebagai kamera pemuka (dashcam). Maklumat lain dikongsi, skuter tersebut akan dilengkapi panel meter TFT digital penuh.

Aveta VADV 150 (2023) -0
Aveta VADV 150 (2023) -1
Aveta VADV 150 (2023) -2

Sebelum ini, sumber PanduLaju mendedahkan rancangan Aveta memperkenalkan skuter advencer yang dijenamakan semula daripada model Dayang Vorei ADV 150.

Berikut beberapa maklumat awal diterima, tetapi masih bukan sahih spesifikasi rasmi versi pelancaran kelak:

  • Visor angin boleh laras
  • Sistem lampu LED
  • Dimensi panjang 2,072mm, lebar 760mm, dan tinggi 1,260mm.
  • Trenkuasa menggunakan sistem suntikan bahan api (FI) dan penyejukan cecair dengan output kuasa 16.2hp dan tork 14.6Nm, manakala kelajuan maksimum 115kmj.
  • Kapasiti tangki minyak 9.3 liter.
  • Berat kering 150kg, tinggi pelana 775mm.
  • Rim aloi depan 14 inci dengan tayar 110/80, dan rim belakang 13 inci beserta tayar 130/70.
  • Dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
  • Panel meter TFT digital 7 inci dengan konektiviti telefon pintar.
  • Ada ciri Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS), pengecas USB dan navigasi GPS.

BACA >>> Aveta Malaysia Lancar Sportbike 250cc Minggu Depan, Inikah Modelnya?
BACA >>> Aveta Malaysia Lancar Supermoped SVR 180 (2022), Harga RM9.9k!
BACA >>> Aveta V13R - Kapcai Terbaharu Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM6.6k!
BACA >>> Aveta VS110 (2021): Lagi Skuter Bajet Dilancarkan Syarikat Tempatan, RM3.5k Sahaja
BACA >>> Kapcai Bajet Aveta Ranger 110 (2020) Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM3.5k Sahaja

Related

2.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: autoterkini, Aveta Global Marketing Sdn Bhd, Aveta Malaysia, Dashcam motosikal, roda2, skuter advencer, spyhsot, TR Motorworld

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev