• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota GR Edisi Khas WRC Diperkenal, Sébastien Ogier Edition dan Kalle Rovanperä Edition!

Toyota GR Edisi Khas WRC Diperkenal, Sébastien Ogier Edition dan Kalle Rovanperä Edition!

March 1, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

52
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PRESTASI Toyota sejak kembali bersaing dalam Kejuaraan Rali Dunia (WRC) pada 2017 memang luar biasa. Dalam tempoh enam musim, pasukan Toyota GAZOO Racing WRT meraih tiga kejuaraan kategori pengeluar (2018, 2021, 2022) dan empat kategori pemandu (2019, 2020, 2021, 2022).

Daripada input dan pengalaman WRC, Toyota membangunkan hatchback hebat, Toyota GR Yaris yang turut melonjakkan jenama itu dalam kalangan peminat permotoran dunia.

BACA >>> UMWT Lancar Toyota GR Supra, GR86, GR Corolla, Hilux GR Sport dan Corolla Cross GR Sport (2023)
BACA >>> Toyota GR Supra (2023) dengan Gear Manual Kini di Australia, Harga Mula RM260k Sahaja!

wrc-logo
toyota-gazoo-racing-tgr-logo

Berdasarkan kejayaan WRC, Toyota hanya menunggu masa mengeluarkan model edisi khas seperti Mitsubishi Lancer Evolution VI Tommi Makkinen.

Seperkara menarik, Tommi Mäkkinen ialah individu penting di sebalik kejayaan Toyota dalam WRC  sebelum diuruskan sepenuhnya Toyota pada 2021.

Kini masa sudah tiba apabila Toyota mempamerkan dua model istimewa Toyota GR Yaris RZ High-Performance Sébastien Ogier Edition Concept dan Toyota GR Yaris RZ High-Performance Kalle Rovanperä Edition Concept.

Sébastien Ogier memenangi kategori pemandu WRC 2021, manakala Kalle Rovanperä menjuarai WRC 2022. Dua model khas itu dibangunkan di bawah penyeliaan dua pelumba berkenaan.

Kedua-dua model juga menggunakan tetapan sepadan dengan input daripada kedua-dua pelumba itu dan perhatian turut diberikan pada bahagian dalaman dan luaran kereta.

Toyota GR Yaris RZ High-performance Sébastien Ogier Edition Concept

Dijana enjin G16E-GTS 3-silinder 1.6L Turbo dengan tork dipertingkat daripada 370Nm kepada 390Nm, dan mod pacuan empat roda (4WD) khas Sébastien Ogier Edition.

Warna luaran dalam kelabu kusam dengan stabiliser belakang besar, termasuk dihiasi grafik khas juara WRC, rekaan rim khas dengan kaliper biru berserta logo GR.

Ruang kabin menampilkan stereng sulaman khas dalam warna biru, putih dan merah. Plat WRC khas juga tertera pada konsol depan.

Toyota GR Yaris RZ High-performance Kalle Rovanperä Edition Concept.01
Toyota GR Yaris RZ High-performance Kalle Rovanperä Edition Concept.02
Toyota GR Yaris RZ High-performance Kalle Rovanperä Edition Concept.03

Toyota GR Yaris RZ High-performance Kalle Rovanperä Edition Concept

Model khas ini dijana enjin G16E-GTS 3-silinder 1.6L Turbo dengan tork dipertingkat daripada 370Nm kepada 390Nm dan suis mod 4WD khas Kalle Rovanperä Edition.

Menampilkan warna luaran eksklusif dalam grafik khas juara WRC dengan sayap belakang, kit aerodinamik, rekaan rim khas, dan kaliper brek merah berserta logo GR.

Ruang kabin mendapat sulaman khas biru-perak pada stereng, sarung tombol gear, sisi hendal brek dan kerusi. Juga ada plat WRC khas pada konsol depan.

Maklumat lanjut seperti tarikh jualan dan spesifikasi terperinci akan diumumkan kemudian.

BACA >>> Toyota GR Supra (2023) dengan Gear Manual Kini di Australia, Harga Mula RM260k Sahaja!
BACA >>> Model Lumba Toyota GR Supra GT4 Evo (2023) Siap Sedia Tambah Trofi, Harga RM875k!

Toyota GR Yaris RZ High-performance Kalle Rovanperä Edition Concept.01
Toyota GR Yaris RZ High-performance Kalle Rovanperä Edition Concept.02
Toyota GR Yaris RZ High-performance Kalle Rovanperä Edition Concept.03
Toyota GR Yaris RZ High-performance Kalle Rovanperä Edition Concept.04

Related

52
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: GR, Roda4, Toyota, Toyota GR Yaris, Toyota GR Yaris RZ, Toyota GR Yaris RZ High performance Kalle Rovanperä Edition Concept, Toyota GR Yaris RZ High performance Sébastien Ogier Edition Concept, Toyota Yaris

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev