• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

January 27, 2023 By Sharil Leave a Comment

25
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PEGUAM bandar Seattle di Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman terhadap Hyundai Motor Co dan subsidiari Kia Corp berikutan isu kecurian beberapa model jenama tersebut kerana tidak dilengkapi teknologi anti-kecurian.

Dalam saman difailkan di mahkamah persekutuan, peguam Ann Davison mendakwa kegagalan pengeluar menyediakan teknologi anti-kecurian untuk beberapa model jenama itu menyebabkan peningkatan kes kecurian kereta di Seattle dan daerah lain.

BACA >>> Isu Brek Parkir Tiba-Tiba Bebas: Hyundai Panggil Balik Ioniq 5, Kia EV6

Kes kecurian kereta buatan Hyundai dan Kia antara 2021 dan 2022 dilaporkan meningkat 503 peratus dan 363 peratus.

Kedua-dua pengeluar itu melahirkan rasa kesal terhadap tindakan undang-undang di Seattle sambil memohon maaf atas kesulitan yang dialami pelanggan terjejas.

Kenyataan Hyundai berkata;

Sebagai respons kepada peningkatan kes kecurian yang mensasarkan kenderaan kami di AS, Hyundai Motor America sudah menghasilkan teknologi imobiliser pada semua kenderaan yang dikeluarkan setakat November 2021."

Menurut Hyundai, beberapa siri tindakan sudah diambil untuk menghalang kecurian kenderaan, termasuk mengemas kini perisian  yang bakal tersedia bulan depan tanpa sebarang caj tambahan.

Sementara itu, Kia pula merancang meningkatkan perisian bagi kebanyakan kenderaan terjejas menjelang pertengahan tahun ini.

BACA >>> Hyundai Palisade (2023) Versi Facelift Lancar di Malaysia, Harga Mula RM369k
BACA >>> Kia Sorento (2023) dalam Pilihan Enjin Petrol, Diesel Buka Tempahan, Harga Anggaran RM220k

SUMBER: BHarian

Related

25
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Amerika Syarikat, Global, hyundai, kecurian kenderaan, Kia, Saman, Seattle, Teknologi anti curi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • COO Prolintas Didenda RM100k, Mengaku Bersalah Terima Rasuah Projek Lebuhraya SUKE
    COO Prolintas Didenda RM100k, Mengaku Bersalah Terima Rasuah Projek Lebuhraya SUKE
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev