SEORANG penjawat awam di Kuala Lumpur memberi alasan tidak perasan menggunakan nombor plat salah berbanding nombor asal ketika ditahan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Suspek ditahan untuk pemeriksaan di Plaza Tol Sungai Besi ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke Kajang kerana nombor plat digunakan berbeza depan dan belakang kerana nombor pendaftaran motosikalnya tertukar daripada nombor asal selama hampir setahun.
Lelaki berusia 27 tahun itu membuat plat Yamaha NVX miliknya di sebuah kedai aksesori pada Februari tahun lalu.
Saya memang tidak perasan kedua-dua (depan dan belakang) nombor plat motosikal ini berbeza nombor hujung. Patutnya angka hujung nombor pendaftaran motosikal ini dua, tetapi diletakkan nombor tiga," katanya.
Selepas menukar plat motosikal, dia juga tidak pernah disaman atas kesalahan tersebut kerana tidak pernah melalui pemeriksaan sekatan jalan raya (SJR).
Memang saya akan rasa bersalah jika pemilik nombor pendaftaran ini disaman atas kesalahan yang saya lakukan," katanya di lokasi Op Motosikal di Plaza Tol Sungai Besi, di Kuala Lumpur, malam tadi.
Pemeriksaan mendapati nombor pendaftaran motosikalnya berbeza dengan nombor casis berbanding kenderaan asal yang menunjukkan motosikal itu jenis Yamaha Lagenda.
Sementara itu, Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail berkata, kebanyakan kes membabitkan nombor pendaftaran palsu didapati ditukar secara sengaja.
Tindakan itu mungkin bertujuan mengelirukan pihak berkuasa termasuk JPJ, polis dan lain-lain. Apa yang kita risau perbuatan itu (memaparkan nombor pendaftaran kenderaan palsu) untuk melakukan kegiatan jenayah.
"Malah, perbuatan tersebut menyebabkan pemilik kenderaan nombor pendaftaran asal terkena tempias dan terpaksa menanggung kesalahan dilakukan individu tidak bertanggungjawab tersebut," katanya.
Leave a Reply