• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penjawat Awam Tak Perasan Pasang Nombor Plat Salah Hampir Setahun

Penjawat Awam Tak Perasan Pasang Nombor Plat Salah Hampir Setahun

January 26, 2023 By Sharil Leave a Comment

293
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEORANG penjawat awam di Kuala Lumpur memberi alasan tidak perasan menggunakan nombor plat salah berbanding nombor asal ketika ditahan penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Suspek ditahan untuk pemeriksaan di Plaza Tol Sungai Besi ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke Kajang kerana nombor plat digunakan berbeza depan dan belakang kerana nombor pendaftaran motosikalnya tertukar daripada nombor asal selama hampir setahun.

Lelaki berusia 27 tahun itu membuat plat Yamaha NVX miliknya di sebuah kedai aksesori pada Februari tahun lalu.

Saya memang tidak perasan kedua-dua (depan dan belakang) nombor plat motosikal ini berbeza nombor hujung. Patutnya angka hujung nombor pendaftaran motosikal ini dua, tetapi diletakkan nombor tiga," katanya.

Selepas menukar plat motosikal, dia juga tidak pernah disaman atas kesalahan tersebut kerana tidak pernah melalui pemeriksaan sekatan jalan raya (SJR).

Memang saya akan rasa bersalah jika pemilik nombor pendaftaran ini disaman atas kesalahan yang saya lakukan," katanya di lokasi Op Motosikal di Plaza Tol Sungai Besi, di Kuala Lumpur, malam tadi.

Pemeriksaan mendapati nombor pendaftaran motosikalnya berbeza dengan nombor casis berbanding kenderaan asal yang menunjukkan motosikal itu jenis Yamaha Lagenda.

Sementara itu, Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail berkata, kebanyakan kes membabitkan nombor pendaftaran palsu didapati ditukar secara sengaja.

Tindakan itu mungkin bertujuan mengelirukan pihak berkuasa termasuk JPJ, polis dan lain-lain. Apa yang kita risau perbuatan itu (memaparkan nombor pendaftaran kenderaan palsu) untuk melakukan kegiatan jenayah.

"Malah, perbuatan tersebut menyebabkan pemilik kenderaan nombor pendaftaran asal terkena tempias dan terpaksa menanggung kesalahan dilakukan individu tidak bertanggungjawab tersebut," katanya.

BACA >>> Polis Tahan Motosikal Curi Guna Nombor Plat Milik KP JPJ
BACA >>> Diserbu Polis Thailand, 'Usahawan' Plat Palsu Hilang Pendapatan RM6k Sebulan
SUMBER: HMetro

Artikel Berkaitan

293
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Harian Metro, JPJ, nombor pendaftaran motosikal, nombor plat, palsu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur Mohd Zaki Ismail, SJR

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha Lancar GT150 Fazer (2023) Di China, Harga RM8.4k
    Yamaha Lancar GT150 Fazer (2023) Di China, Harga RM8.4k
  • Skuter Wottan Storm-V 125 (2023) Masuk Eropah, Harga RM17k!
    Skuter Wottan Storm-V 125 (2023) Masuk Eropah, Harga RM17k!
  • DBKL Arah Projek SOHO Dekat LRT Bandaraya Dihentikan Serta-Merta
    DBKL Arah Projek SOHO Dekat LRT Bandaraya Dihentikan Serta-Merta
  • Bangsal Kenderaan di Tengah Jalan Raya, PBT Keluar Notis Suruh Alih
    Bangsal Kenderaan di Tengah Jalan Raya, PBT Keluar Notis Suruh Alih

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my