• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jepun Lancar 8 Varian Nissan GT-R (2023), Termasuk Versi NISMO

Jepun Lancar 8 Varian Nissan GT-R (2023), Termasuk Versi NISMO

January 20, 2023 By Shawkath Leave a Comment

70
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

NISSAN GT-R (2023) termasuk dua varian edisi khas, Nissan GT-R Premium Edition T-Spec dan Nissan GT-R NISMO Special Edition diperkenalkan untuk pasaran domestik Jepun, baru-baru ini.

Model itu ditayangkan pada acara Tokyo Auto Salon (TAS) 2023. Berikut perincian model tersebut:

BACA >>> Takut Kantoi Polis, Pemilik GT-R Cuba Tukar Warna Kereta, Tapi Isteri Datang Serah Diri
BACA >>> Nissan GT-R R35 Black Edition (2016) 'UK Spec' dengan Enjin Stage 4 yang Laju Berdesup!

8 MODEL 2023

Ada lapan model dalam siri GT-R diperkenalkan, iaitu:

  • Ada empat unit bukan Nismo:
    • Nissan GT-R Pure Edition
    • Nissan GT-R Black Edition
    • Nissan GT-R Premium Edition
    • Nissan GT-R Premium Edition T-spec
  • Ada empat versi Nismo:
    • Nissan GT-R Track Edition daripada NISMO
    • Nissan GT-R Track Edition ditala NISMO T-Spec
    • Nissan GT-R NISMO
    • Nissan GT-R NISMO Special Edition

PERINCIAN

  • Dua daripada lapan varian itu, Nissan GT-R Premium Edition T-Spec dan Nissan GT-R NISMO Special Edition ialah model edisi khas.
  • Perubahan barisan Nissan GT-R itu adalah membabitkan penggunaan gril baharu, penambahbaikan aerodinamik dan kualiti pemanduan dipertingkat.

Ketua Pegawai Operasi (COO) Nissan, Ashwani Gupta berkata;

Didahului rekaan grill baharu, teknologi termaju dan hasil binaan menjadikan model baharu ini sebagai Nissan GT-R R35 paling unggul."

nissan-gtr-japan-2 Large
nissan-gtr-japan-1 Large
  • Model T-Spec mewakili falsafah Nissan GT-R yang mendahului masa, diilhamkan daripada peralihan dan trend.
  • Nissan GT-R Premium Edition T-Spec dilengkapi sistem suspensi khas dan brek cakera karbon yang menawarkan pemanduan lebih lancar dan pengendalian responsif.
  • Varian NISMO dibina menggunakan teknologi yang diilhamkan daripada sukan permotoran.
  • Pembaharuan lain diberi membabitkan peningkatan tahap kecekapan aerodinamik, talaan suspensi dan tambahan diferensial gelincir terhad (LSD) mekanikal untuk pacuan roda depan (FWD).
  • Ruang kabin varian Nismo mendapat kerusi buket karbon Recaro.
  • Nissan GT-R Nismo Special Edition dilengkapi komponen enjin dengan imbangan seragam membabitkan gelang piston, rod sambung dan aci sesondol (camshaft) dan bonet karbon khas dengan ventilator NACA.
  • Model bukan NISMO akan berada di pasaran bermula Mac hingga Jun ini, manakala versi NISMO dijangka memasuki pasaran bermula Jun hingga September ini.

BACA >>> Nissan Perkenal Juga GT-R NISMO Special Edition (2021) Edisi McDonald's
BACA >>> Nissan GT-R Baharu Bakal Guna Trenkuasa Hibrid?
BACA >>> Nissan GT-R Ini Khas untuk Hantar Organ Manusia

SUMBER: Carmudi

Related

70
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Ashwani Gupta, autoterkini, LEGO Speed Champions Nissan GT-R NISMO, Nissan GT-R (2023), Nissan GT-R Black Edition, Nissan GT-R Nismo Special Edition, Nissan GT-R Premium Edition, Nissan GT-R Premium Edition T-spec, Nissan GT-R Pure Edition, Nissan GT-R Track Edition, Nissan GT-R Track Edition Nismo T-spec, Roda4, Sedan Nissan, Supercar, Tokyo Auto Salon

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev