Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Nissan Perkenal Juga GT-R NISMO Special Edition (2021) Edisi McDonald’s
Aksesori

Nissan Perkenal Juga GT-R NISMO Special Edition (2021) Edisi McDonald’s

ShawkathBy Shawkath19/04/2021
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


NISSAN baru-baru ini memperkenalkan model edisi khas, GT-R NISMO Special Edition (2021). Menariknya, pengeluar automotif dari Jepun itu turut memperkenalkan dua lagi model sama, tetapi dalam edisi McDonald’s.

Berbeza varian edisi khas yang didatangkan dalam warna Stealth Grey (kelabu), model edisi McDonald’s dibalut kemasan emas krom dan pelekat tertulis ‘McDonald’s’ di atas spoiler. Kedua-duanya model sama, iaitu GT-R NISMO Special Edition (2021), termasuk aspek mekanikal.

Namun, GT-R NISMO Special Edition (2021) edisi McDonald’s cuma model one-off untuk tujuan pameran sahaja, dan tidak dijual kepada umum. Hanya satu unit dibina dan akan digunakan untuk peraduan anjuran McDonald’s Jepun.

Hadiahnya, peserta berpeluang memenangi trip percutian ke fasiliti ujian Nissan, Grandrive yang terletak di Bandar Yokosuka, dalam wilayah Kanagawa di selatan Tokyo. Fasiliti dengan trek sepanjang 4km itu dibuka Nissan pada 2007 sebagai lapangan ujian dan penilaian kenderaan.

Pemenang juga akan berpeluang memandu uji model supercar tersebut selain merasai pengalaman menaiki kenderaan dipandu pemandu pembangunan Nissan untuk melihat kehebatan sebenar GT-R NISMO Special Edition (2021).

Hanya dua keluarga dengan tiga individu layak memandu akan dipilih sebagai pemenang hadiah utama. Turut diberikan 20 hadiah sagu hati kepada naib johan (termasuk mereka tidak layak memandu) dan kad hadiah memaparkan gambar kereta GT-R NISMO.

Hadiah lain ditawarkan, kereta mainan Tomica Nissan GT-R NISMO Special Edition (2021) yang akan diberikan bersama set Happy Meals (dipanggil ‘Happy Sets’ di Jepun) bermula 30 April hingga 13 Mei 2021. Sebahagian besar kereta mainan itu diberi warna kelabu, dan cuma beberapa unit emas krom McDonald’s disediakan.

BACA >>> Nissan GT-R NISMO Special Edition (2021) Dapat Bonet Karbon, Enjin Ditala Semula
BACA >>> Nissan GT-R Baharu Mungkin Guna Enjin Hibrid, Dijangka Lancar 2023

SUMBER: Carscoops

Edisi McD GT-R Nismo Special Edition 2021 Nissan GT-R Nismo Nissan GT-R NISMO GT3 Nissan GT-R NISMO McDonalds Nissan GT-R Nismo SE
Shawkath

Artikel Berkaitan

Kenderaan Elektrik (EV)

MAA: Jualan EV Malaysia Lonjak 109 Peratus Sepanjang 2025!

20/01/2026
Jualan kereta di Malaysia
Auto Terkini

MAA: SUV Pacu Pertumbuhan Kenderaan Penumpang 2025, Jualan Sedan Menyusut

20/01/2026
Jualan kereta nasional Malaysia meningkat
Auto Terkini

MAA: Jenama Nasional Kuasai 62.3 Peratus Pasaran Automotif Malaysia

20/01/2026
Mercedes-Benz CLA Electric 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Mercedes-Benz CLA 2026 Serba Baharu – EV Kompak Premium Tayang di Malaysia

19/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam19/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.