• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: Perlukah Angkat Bilah Wiper Selepas Parkir Kereta?

#ApaNakBuat: Perlukah Angkat Bilah Wiper Selepas Parkir Kereta?

January 20, 2023 By Shawkath 1 Comment

120
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

ADA segelintir pemilik kenderaan akan mengangkat atau menegakkan bilah pengelap cermin (wiper) selepas memarkir kereta. Kata mereka, cara itu dapat memanjangkan hayat getah wiper kerana mengurangkan sentuhan langsung dengan permukaan kaca cermin depan.

Soalannya, adakah itu cara terbaik menjaga wiper? Atau mungkin perbuatan menegakkan bilah wiper itu tiada manfaat langsung dan mampu mengundang masalah lebih teruk seperti berikut:

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Kereta Sedan Tiada Wiper Cermin Belakang?
BACA >>> #ApaNakBuat: 5 Tip Mudah Penjagaan Wiper Supaya Tahan Lama

1. Spring Wiper Cepat Rosak

Kerap mengangkat bilah wiper membuatkan spring wiper lebih cepat rosak. Ini kerana wiper berfungsi melakukan pergerakan ke kiri dan kanan yang memerlukan cengkaman spring kuat dan ketat.

Ada jenis spring dibuat daripada besi. Jika kerap diangkat dan terdedah kepada tiupan angin kuat, bilah wiper akan jadi lemah dalam jangka masa lama.  Ini bermakna, semakin kerap mengangkat wiper, maka semakin mudah spring jadi longgar.

2. Wiper Tidak Cekap

Tahap kerosakan boleh jadi pada tahap sederhana dan teruk. Dalam kondisi normal, wiper sepatutnya bergerak mengikut kelajuan diperlukan pemandu.

Apabila berlaku kerosakan sederhana, wiper jadi kurang cekap membersihkan atau menolak air atas permukaan cermin. Jika dibiarkan, spring wiper berisiko tertanggal, sekali gus gagal menyapu air keluar.

3. Jejas Struktur Getah Wiper

Kerap mengangkat bilah wiper juga berrisiko menjejaskan struktur getah pengelap akibat cuaca panas.

Kesannya, air atas permukaan cermin tidak dapat dibersihkan dengan baik yang membuatkan kotoran mudah melekat, kaca cermin rosak, kabur atau calar.

APA PERLU BUAT?

ganti-wiper
ganti-wiper-1

Pemilik dinasihatkan tidak mengangkat atau menegakkan bilah wiper ketika meninggalkan kenderaan. Cara terbaik memastikan wiper dalam kondisi terbaik adalah menukar wiper setiap enam bulan sekali.

Ini kerana kesan buruknya hampir sama dengan risiko rosak akibat mengangkat bilah wiper itu sendiri.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Punca Tinted Cermin Kereta Menggelembung?
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Kereta Sedan Tiada Wiper Cermin Belakang?
BACA >>> #TahukahAnda: 3 Sebab Kenapa Cermin Kereta Perlu Kerap Dibersihkan

SUMBER: Kompas | GlassDoctor

Related

120
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apa nak buat, autotainmen, autotainment, Cara Jaga Wiper, cara penjagaan wiper kereta, pengilap cermin depan, wiper kereta

Comments

  1. Abraham says

    February 5, 2023 at 10:49 AM

    Why auto distributors/dealers/suppliers are NOT disclosing to auto consumer about the manufactured/produced date & year of auto battery ? For example, auto tyres are transparent on tyre production with indicated week & year !

    Extremely grateful to establish this important awareness, please

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev