SEORANG pemilik Perodua Aruz berkongsi satu klip video mendakwa penapis minyak dibekalkan vendor Perodua sebagai bermasalah.
Pemilik akaun TikTok, ijataruz berkata, perkongsian beliau bukan mahu menjatuhkan mana-mana pihak, tetapi berharap rakaman video itu mendapat perhatian pihak pengurusan atasan Perodua.
@ijataruz Mohon Pihak HQ Perodua Tlg Ambil Tindakan... Harap Korg Semua Boleh Share Bende ni... Terima Kasihโบ๏ธ #hqperodua #peroduamyvi #peroduaaruz #peroduabezza #peroduahq โฌ original sound - ๐น๐ป ๐๏ฝ๏ผกลค ๅ๐๐ฎ๐ท๐ ๐บ๐
Berikut luahannya;
Benda ini bukan sekali je terjadi tapi banyak kali dah. Tapi kat kereta aku ni first time la aku kena. Cuma aku ni jadi perantara untuk sahabat-sahabat aku yang dah pernah kena.
"Bukan cerita satu kes, dua kes, tiga kes. Ini berlambak punya kes. Bila aku tanya kat budak Perodua tu kenapa banyak kes oil filter leaking (penapis minyak bocor) banyak berlaku ni?
"Jawapan dia, kes ini dah hampir daripada tahun lepas lagi... daripada bulan 6. Dan aduan sudah disampaikan kepada pihak atas tapi takde tindakan. Apa cerita?
"Bila aku tanya balik kenapa korang ambil dengan vendor ini sedangkan ko tau vendor ini ada masalah. Jawapan dia korang nak tau apa?
"Kami tak boleh nak stop kan dengan vendor ni. Sebab vendor dah sediakan lebih daripada 100,000 (unit) oil filter untuk kereta Perodua. Dan kami terikat dengan perjanjian kontrak.
"Ha orang atas.. takkan senyap je. Bila aku tanya lagi, takkan setiap kali oil filter leaking aku nak kena datang? Dia jawab.. terpaksa encik, kami tak leh nak buat apa. Sebab ini semua arahan daripada HQ. Katanya pihak center dah buat aduan kepada pihak HQ, tetapi HQ tak ada tindakan.
"Masa mula-mula berlaku kes ini, mungkin HQ ambil tindakan tapi bila dah terlampau banyak kes macam ni, HQ buat endah tak endah. Apa cerita?
"Bila tanya, boleh tak kami bawak oil filter lain.. mintak tolong Perodua pasangkan. Dia kata boleh takde masalah tapi waranti atau berlaku apa-apa pada kereta, pihak service center tidak akan bertanggungjawab.
"Korang rasa benda ni nampak macam kecik je kan? Takkan masa kami nak habis dekat service center. Duk ulang-alik duk ulang-alik tukar oil filter. Kami pun ada tanggungjawab, kami ada komitmen.
"Pihak HQ patut ambil tindakan pada vendor. Bukan senyap je dan supply kepada semua service center oil filter yang sama.
"Ini baru pasal oil filter. Belum lagi minyak gearbox bercampur dengan air radiator. Macam-macam lagilah!"
Rata-rata netizen yang menonton video itu turut mendakwa kenderaan mereka turut terkena. Ini termasuk pengguna Perodua Bezza, Axia dan Myvi.
Bagaimanapun, ada juga beberapa netizen mengatakan kenderaan mereka tidak mengalami masalah penapis minyak. Apa pun, kami berharap kes ini dapat diselesaikan segera.
BACA >>>ย #TahukahAnda: Perodua Axia (2023) Serba Baharu Guna Casis DNGA, Apakah Kelebihannya?
BACA >>>ย Senarai Tempoh Menunggu Model Perodua 2023, Alza Paling Lama, Lebih Setahun!
Leave a Reply