UMW Toyota menganjurkan larian amal Toyota OutRun kedua dalam sejarah syarikat itu pada 15 Januari lalu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur selepas kali pertama diadakan pada 2019.
Acara itu mendaftarkan lebih 4,300 peserta dengan mengutip kira-kira RM170,000 yang disumbangkan sepenuhnya kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).
BACA >>> 10 Tip untuk Penggemar Aktiviti Larian, Jalan Kaki di Jalan Raya
Acara tahun ini dianjurkan dalam skala lebih besar. Selain larian 10km dan 5km, ada juga aktiviti lain seperti bengkel ilmu dan persembahan De Fam serta penampilan istimewa duta Toyota Yaris, Janna Nick.
Toyota OutRun 2023 mengetengahkan tema 'All for One, Run for All' untuk menjadikan larian, yang dilihat sebagai sukan individu, kepada sesuatu lebih kolektif.
Terdahulu, UMW Toyota menganjurkan acara Toyota OutRun pertama pada 2019 dengan penyertaan lebih 3,000 peserta dan kutipan sumbangan diserahkan kepada Majlis Paralimpik Malaysia (PCM).
Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata;
Sebagai sebahagian komitmen CSR, kami bekerjasama dengan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) untuk inisiatif tahun ini yang mana 100 peratus hasil pendaftaran, bernilai kira-kira RM170,000, akan disumbangkan kepada pertubuhan itu."
BACA >>> UMWT Kekal Jenama Bukan Nasional No. 1 Malaysia, Banyak Model Baharu Bakal Lancar
BACA >>> UMWT Lancar Toyota Veloz (2022) di Malaysia, Harga Mula RM95k!
Leave a Reply