ANTARA kelebihan memiliki supercar hibrid plug-in (PHEV) adalah peluang memandu dalam mod elektrik penuh (EV) untuk tempoh masa pendek.
Kelebihan itu menimbulkan pertanyaan, adakah mod EV masih menawarkan prestasi supercar? Jawapannya, TIDAK jika anda melihat aksi lumba Ferrari 296 GTB ini yang tewas kepada Volkswagen MK7 e-Golf.
View this post on Instagram
Wartawan permotoran, Jason Cammisa berkongsi klip video di Instragram yang menunjukkan kedua-dua kereta itu bergerak pada halaju 15 batu sejam (24kmj) dan tamat selepas salah satu kereta tersebut mencapai kelajuan maksimum.
Walaupun rakaman video tidak menunjukkan supercar Itali itu menggunakan mod EV, tetapi kapsyen ditulis;
Tiada ego tercabar dalam perlumbaan ini. Dan tak ada petrol dibakar.”
Kapsyen itu memberi gambaran kereta hibrid berkenaan belum mengaktifkan trenkuasa enjin V6 turbo kembar. Malah tiada pula kedengaran deruman enjin petrol daripada Ferrari 296 GTB, sekali gus menguatkan fakta supercar tersebut hanya menggunakan mod EV.
Ferrari 296 GTB dikatakan mampu meledakkan kuasa 165hp dalam mod elektrik penuh, tetapi mod itu cuma sesuai untuk pemanduan luncur-santai secara efisien, manakala kuasa enjin petrol pula menjana kuasa 654hp.
Sebagai perbandingan, Volkswagen Mk7 e-Golf mampu mengeskrak kuasa 134hp. Menurut Cammisa, kedua-dua kereta menggunakan tayar sama.
Ketika berlumba, Volkswagen Mk7 e-Golf meninggalkan Ferrari 296 GTB pada awal pecutan hingga akhir. Klip video itu menunjukkan Volkswagen elektrik berjaya mengalahkan sebuah Ferrari.
BACA >>> Ferrari 296 GTB (2022) dengan Enjin Hibrid V6 Kini di Malaysia, Harga RM1.2 Juta!
BACA >>> Tentang Volkswagen Golf: 45 Tahun daripada Mk1 hingga Mk7, dan 35 Juta Jualan
BACA >>> Ferrari 296 GTS (2022) - Kembar 296 GTB Versi Konvertibel
SUMBER: CarScoops
Leave a Reply