• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Prius (2023) Serba Baharu Lancar di Jepun, Harga Mula RM92k

Toyota Prius (2023) Serba Baharu Lancar di Jepun, Harga Mula RM92k

January 13, 2023 By Sharil Leave a Comment

122
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

TOYOTA melancarkan model hibrid (HEV) Prius Series Parallel Hybrid (2023) serba baharu untuk pasaran Jepun, manakala model hibrid plug-in (PHEV) bakal dilancarkan sekitar Mac tahun ini.

Dilancarkan pada 1997 sebagai kereta hibrid pertama dunia dikeluarkan besar-besaran, Toyota Prius memacu penggunaan HEV sebagai kereta eko generasi baharu dengan kecekapan bahan api terbaik.

Dibangunkan berasaskan konsep Hybrid Reborn (kelahiran semula hibrid), Toyota Prius (2023) menampilkan rekabentuk dan prestasi pemanduan lebih baik.

Berikut ringkasan mengenai Toyota Prius (2023):

Rekabentuk

  • Mewarisi siluet monoform dari Prius asal, Toyota Prius (2023) baharu dilahirkan semula dengan pusat graviti (CoG) lebih rendah dan perkadaran lebih bergaya.
  • Konsep 'senibina pulau' memberikan ruang kabin luas.
  • Ada lapan warna badan ditawarkan, termasuk dua warna asas, Ash (kelabu) dan Mustard (kuning) yang dihasilkan untuk kesan sporty.
  • Dibina berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA) generasi kedua yang menawarkan CoG lebih rendah dan dilengkapi sistem E-Four terkini dengan motor kuasa tinggi dan ciri prestasi lebih baik atas permukaan jalan kurang baik, termasuk lebih stabil ketika membelok.

Trenkuasa

  • Dilengkapi sistem hibrid generasi kelima terkini untuk kedua-dua varian (2.0L dan 1.8L).
  • Toyota Prius 2.0L (varian Z dan G) mencatatkan kecekapan bahan api lebih baik, 28.6km per liter dan output maksimum 144 kW (194hp), iaitu 1.6 kali lebih tinggi daripada model lama.
  • Toyota Prius 1.8L juga mencatatkan penggunaan bahan api lebih baik pada 32.6km per liter.

Keselamatan

  • Notifikasi Proksimiti Kenderaan Belakang (RVPN): Memaklumkan pemandu dengan paparan visual dan audio apabila radar gelombang mengesan kenderaan belakang.
  • Sokongan Proksimiti Kenderaan Dekat (AVPS): Sistem mencadangkan pemandu (termasuk menghubungi polis atau perkhidmatan kecemasan HELPNET) apabila kenderaan belakang terlalu dekat.
  • Brek Perlanggaran Sekunder (SCB): Apabila radar gelombang belakang mengesan kenderaan belakang, brekakan diaktifkan untuk mengurangkan halaju jika berlaku perlanggaran belakang.
  • Toyota Safety Sense (TSS): Diberikan sebagai ciri standard.

Toyota Prius (2023) ditawarkan dalam enam varian pada harga bermula 2,750,000 yen (RM92,610), manakala varian termahal, 2.0Z E-Four dijual 3,920,000 yen (RM132,060).

BACA >>> Toyota Prius (2023) Debut di Jepun dengan Pilihan Enjin Hibrid 2.0L, Boleh Cas Guna Solar
BACA >>> Kenapa Toyota Corolla Boleh Jadi Sedan Moden Paling Berbaloi Dimiliki?
BACA >>> Toyota Predator Prius (2021) - Kereta Hibrid yang Dibikin untuk Pemburu Binatang
BACA >>> Lebih 100k Unit Toyota Dijual Sepanjang 2022, Juara Sebenar Jenama Bukan Nasional Malaysia!

Related

122
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, HEV, hibrid, kereta hibrid, PHEV, Roda4, TNGA, Toyota Hibrid (HEV), Toyota Prius 2023, Toyota Safety Sense (TSS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev