DUCATI menambah satu lagi kejayaan sepanjang 2022 dengan rekod 61,562 unit motosikal terjual seluruh dunia. Pencapaian itu adalah kenaikan 3.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Jumlah jualan itu juga kali pertama dicapai Ducati yang melepasi paras 60,000 unit setahun dan dianggap cukup signifikan memandangkan sektor automotif berdepan krisis bekalan komponen akibat pandemik Covid-19.
BACA >>> Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
BACA >>> Beberapa Jam Saja, 520 Unit Ducati Panigale V4 S (2023) Edisi Khas Habis Disambar
PERINCIAN JUALAN
Berikut perincian jualan terbesar Ducati:
- Itali - 9,578 unit (naik 10 peratus berbanding 2021)
- Amerika Syarikat - 8,441 unit (turun 6 peratus berbanding 2021)
- Jerman - 6,678 unit (naik 9 peratus berbanding 2021)
VARIAN POPULAR
Berikut pecahan model Ducati paling popular peringkat global:
- Siri Multistrada V4 - 10,716 unit
- Siri Monster - 7,971 unit
- Siri Scrambler Ducati 800 - 6,880 unit
PENGEDAR & PASARAN
- Lebih banyak premis dan cawangan Ducati dibuka sepanjang tahun lalu. Ducati kini memiliki 821 rangkaian pengedar seluruh dunia.
- Ducati berjaya meneroka pasaran baharu seperti Brunei, Ecuador, El Salvador dan Mongolia. Ducati kini menawarkan produk di 96 pasaran antarabangsa.
MISI 2023
- Ducati sudah mempamerkan lapan model untuk tahun ini, dan setiap model untuk segmen pasaran berbeza.
- Ducati Multistrada V4 Rally dan Ducati Diavel V4 dilihat memiliki potensi membantu jualan tahun ini selain kehadiran Ducati Scrambler Ducati generasi kedua.
BACA >>> Ducati DesertX (2023) Serba Baharu Lancar di Malaysia, Harga RM112,900
BACA >>> Ducati Panigale V4 S (2023) Edisi Khas Sempena Menang MotoGP, WorldSBK 2022
SUMBER: MotoSaigon
Leave a Reply