• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha XSR 155 (2023) Dapat Empat Warna Baharu di Indonesia, Harga RM10.7k!

Yamaha XSR 155 (2023) Dapat Empat Warna Baharu di Indonesia, Harga RM10.7k!

January 13, 2023 By Shawkath 1 Comment

108
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

YAMAHA Indonesia membuka tirai tahun baru dengan tawaran warna baharu untuk streetbike retro Yamaha XSR 155 (2023) dengan harga atas jalan Rp37,635,000 (RM10,770).

Secara asas, Yamaha XSR 155 (2023) tidak menerima sebarang pembaharuan rekabentuk dan talaan prestasi. Berikut perinciannya:

BACA >>> Yamaha XS 155R (2023) Lancar di Vietnam, Berbezakah dengan XSR155 Indonesia?
BACA >>> #Spyshot: Yamaha XSR300 (2022) Dikesan Diuji di India, Guna Platform XSR155, Gaya XSR700

PERINCIAN WARNA

  • Ada empat pilihan warna:
    • Metallic Red Authentic (merah) - konsep warna yang diilhamkan daripada motosikal klasik Yamaha.
    • Light Blue Wanderlust (biru muda) - skema warna untuk fiil santai dan menikmati keindahan alam.
    • Matte Silver Premium (perak) - warna segar yang membangkitkan atmosfera garaj.
    • Metallic Black Elegance (hitam)- untuk nampak lebih menawan, bergaya dan cool.
Yamaha XSR 155 (2023) Indonesia - 0
Yamaha XSR 155 (2023) Indonesia - 1
Yamaha XSR 155 (2023) Indonesia - 2
Yamaha XSR 155 (2023) Indonesia - 3
  • Cuma Yamaha XSR 155 (2023) hitam dilengkapi fork emas, manakala varian perak dan biru mudah menggunakan madgad, fairing sisi dan belakang sama seperti warna badan.
  • Semua varian menggunakan pelana hitam kecuali biru mudah (coklat, sama seperti model terdahulu).

PERINCIAN

  • Yamaha XSR 155 (2023) menampilkan rekaan sama untuk tangki minyak, bentuk pelana rata selapis gaya klasik, spidometer digital bulat dan sistem lampu LED untuk lampu depan, termasuk lampu belakang.

BACA >>> #TahukahAnda: Tentang Teknologi Klac Assist & Slipper (A&S) yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Perbezaan Fork Teleskopik dan Terbalik (USD)?

Yamaha XSR 155 (2023) Indonesia - 8
Yamaha XSR 155 (2023) Indonesia - 6
  • Trenkuasa dijana enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 155cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi injap variabel VVA dan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 19hp @ 10,000rpm, dan tork 14.7Nm @ 8,500rpm.
  • Kotak gear manual 6-kelajuan dengan teknologi klac antigelincir Assist & Slipper (A&S). Fungsi Assist adalah meringankan operasi klac ketika menarik tuas klac, manakala Slipper mencegah gelinciran roda belakang ketika brek enjin apabila menurunkan gear secara pantas.
Yamaha XSR 155 (2023) Indonesia - 5
Yamaha XSR 155 (2023) Indonesia - 4
  • Fork terbalik (USD) dan monoshock.
  • Rim 17 inci dengan tayar 110/70 (depan) dan 140/70 (belakang).
Yamaha XSR 155 (2023) Indonesia - 7
Yamaha XSR 155 (2023) Indonesia - 10
  • Sistem brek cakera tunggal untuk kedua-dua roda.
  • Berat 134kg, kapasiti tangki minyak 10.4 liter dan tinggi pelana 810mm.
  • Dimensi panjang 2,007mm, lebar 804mm dan tinggi 1,080mm, manakala jarak roda 1,330mm dan jarak tinggi bumi 170mm.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Cakera Brek Depan Lebih Besar daripada Belakang?
BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Jaga Pelana Motosikal Supaya Tidak Mudah Pecah, Merekah
BACA >>> #ApaNakBuat: Lelaki Ini Ajar Teknik Mudah Guna Tongkat Tengah untuk Tegakkan Motosikal

SUMBER: DapurPacu

Related

108
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, roda2, streetbike 155cc, Yamaha Indonesia, Yamaha XSR 155 (2023)

Comments

  1. Lai says

    March 24, 2023 at 1:36 PM

    Malaysia tak masuk eh. Alamekk

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev