• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kenapa Skuter XDV 250i (2023) Guna Nama WMoto, Bukan Keeway?

Kenapa Skuter XDV 250i (2023) Guna Nama WMoto, Bukan Keeway?

January 12, 2023 By Shawkath Leave a Comment

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KETIKA MForce Bike Holdings (MForce) melancarkan WMoto XDV 250i (2023), timbul persoalan mengenai tanda nama Keeway pada skuter itu.

Tanda nama Keeway boleh dilihat pada perumah enjin, hendal dan strip badan. Soalannya, kenap tidak dijual sebagai model Keeway sedangkan MForce adalah pengedar jenama tersebut (Keeway) di Malaysia?

BACA >>> WMoto XDV 250i (2023) Tiba di Malaysia, Harga Mula RM18.9k!
BACA >>> Skuter Advencer WMoto XDV 250i (2022) Lancar Oktober Ini?

WMOTO XDV250i (2022) - 77
WMOTO XDV250i (2022) - 59

Skuter WMoto XDV 250i (2023) ditawarkan dalam pilihan kapasiti enjin dengan nama berbeza di luar negara  seperti Lexmoto, Daytona Virtus, Brera X, Longjia XDV 250Si dan Keeway Vieste 300 XDV.

Daytona Virtus XDV 250
Daytona Virtus XDV 250
Keeway Vieste 300 XDV
Keeway Vieste 300 XDV

Malah jika diperhatikan bahagian ekzos WMoto XDV 250i (2023), memang ada tertera cetakan nama Longjia.

MENGAPA JENAMA WMOTO?

Sumber PanduLaju mendakwa awalnya, pihak di China memang mahu XDV 250i dijual bawah rangkaian Keeway, tetapi permintaan itu dianggap kurang sesuai selepas mengambil kira sejarah lampau Keeway di Malaysia.

Jika permintaan itu dipersetujui, memang sukar MForce menjual model skuter tersebut disebabkan persepsi stigma pengguna terhadap jenama Keeway sebelum ini.

Namun, timbul persoalan kedua, kenapa MForce tidak memadamkan terus jenama Keeway pada skuter WMoto XDV250i (2023)? Sumber memberitahu, tindakan itu memerlukan kos tambahan yang boleh mempengaruhi kenaikan harga berdasarkan potensi jualan di Malaysia.

Bagaimannapun, di Greece misalnya, pengguna di sana ditawarkan Daytona Virtus 250 yang didatangkan dengan komponen tertera XDV (bukan Keeway) pada hendal (lihat foto atas).

Adakah MForce memang sengaja tidak mahu menggugurkan nama Keeway pada skuter WMoto XDV 250i (2023)? Mungkin itu strategi untuk membantu mengembalikan keyakinan pengguna terhadap Keeway menerusi WMoto.

Jika skuter WMoto XDV 250i (2023) tidak memeningkan kepala pemiliknya, ia secara tidak langsung memberi manfaat dengan mula meraih kepercayaan pengguna.

BACA >>> #Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum
BACA >>> WMoto XDV 250i (2023) Tiba di Malaysia, Harga Mula RM18.9k!
BACA >>> Dayang VOREI (2020) Mahu Lawan Yamaha XMAX, Honda Forza
BACA >>> Yamaha XMAX 300 Tech Max (2003) Lancar dengan Rupa Lebih Agresif, Berteknologi Tinggi

Related

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Daytona Virtus xdv 250 (2023), Keeway, Keeway Vieste 300 XDV, KL Brera X, Lexmoto XDV 250I, Longjia XDV 250Si, MForce Bike Holdings, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, WMoto XDV 250i (2023)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev