BMW Malaysia memperkenalkan tiga varian baharu 3 Series paling terkini, iaitu BMW 320i M Sport, BMW 330i M Sport dan BMW 330e M Sport.
Semua model adalah unit pemasangan tempatan (CKD) yang dijual pada harga berikut:
BACA >>> BMW Malaysia Buka Pusat 4S Baharu di Bukit Tinggi
BACA >>> Skuter Elektrik BMW CE 04 (2023) Masuk Malaysia Mac Ini, Harga Anggaran RM60k?
- BMW 320i M Sport: RM263,600 (RM283,800 dengan pakej lanjutan waranti dan servis)
- BMW 330i M Sport: RM297,600 (RM317,800 dengan pakej lanjutan waranti dan servis)
- BMW 330e M Sport: RM278,600 (RM298,800 dengan pakej lanjutan waranti dan servis)
(Harga atas jalan, tidak termasuk insurans)
Berikut perincian BMW 3 Series baharu:
- Dengan lencana M Sport, varian baharu ini semestinya mengutamakan ciri pengendalian sporty, rekabentuk tersendiri, efisien dan inovatif.
- Seksyen depan dan belakang direka baharu dengan frem gril ginjal (kidney) baharu lebih garang.
- Lampu depan LED diperbaharui dengan lampu siang (DRL) bentuk L songsang. Rupa depan diperbaharui dengan corak sarang lebah (honeycomb) khas M Sport.
- Penampilan sisi BMW 3 Series direka sporty dengan jarak roda panjang, bonet landai dan juga anjur (overhang) singkat.
- Rim M Sport jejari kembar Style 848 M Bicolour bersaiz 18 inci. Lencana M turut tertera pada sisi
- Dua varian petrol (320i dan 330i) dibekalkan suspensi M Sport, manakala BMW 330e M Sport dipasangkan suspensi Adaptive M.
- Bahagian belakang ada dua paip ekzos unik dengan diameter dinaikkan 100mm untuk gaya lebih sporty, dan turut dipadankan bersama difuser khas.
- Pakej M Aerodynamics dan M High Gloss Shadowline memberikan penampilan sisi lebih sporty. Kedua-dua pakej datang sebagai asas kepada pakej M Sport.
- Ruang kabin baharu dan moden menerusi paparan lengkung BMW Curved Display dengan unit infotainmen 12.3 inci dan kluster instrumen 14.9 inci yang disepadukan tanpa bingkai.
- BMW Curved Display dapat diakses menerusi butang tersedia yang disepadukan bawah ventilator udara dikemas kini pada konsol tengah papan pemuka. Semua model dilengkapi pedal syif untuk mod pemanduan manual.
- BMW 320i M Sport dijana enjin 4-silinder sebaris berkuasa 184hp (135kW) dan tork 300Nm dengan pecutan 0-100kmj sepantas 7.4 saat, manakala kelajuan maksimum 235kmj.
- BMW 330i M Sport pula dipacu enjin 4-silinder sebaris berkuasa 258hp (190kW) dan tork 400Nm dengan pecutan 0-100kmj sepantas 5.8 saat, manakala kelajuan maksimum 250kmj.
- Model hibrid plug-in (PHEV), BMW 330e M Sport memiliki kombinasi kuasa 292hp (215kW) dan tork 420Nm dengan motor elektrik menjana kuasa 109hp (80kW) dan tork 265Nm. Pecutan 0-100kmj sepantas 5.8 saat, manakala kelajuan tertinggi 230kmj (kelajuan tertinggi elektrik dihadkan pada 140kmj).
- Semua varian BMW 3 Series baharu ini menggunakan transmisi Steptronic Sport 8-kelajuan.
Ciri standard BMW 3 Series baharu ini adalah:
- BMW Live Cocpit Professional dikuasakan BMW Operating System 8.
- BMW Intelligent Personal Assistant.
- Operasi skrin sentuh menggunakan Control Display.
- BMW iDrive Controller.
- Akses kawalan langsung secara sentuhan.
- Paparan dongak (HUD) BMW Head-Up Display.
Ciri digital standard pula meliputi:
- Comfort Access
- Kemas kini perisian Jarak Jauh (OTA)
- BMW ID
- Konektiviti telefon pintar Connected Package Professional (Apple CarPlay dan Android Auto).
- Aplikasi MyBMW membolehkan pemandu mengakses pelbagai fungsi sokongan.
Pemilik BMW 3 Series baharu dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium dijanjikan BMW Group Malaysia, iaitu:
- Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun, dan serta Program Servis Berjadual Percuma.
- Bantuan Jalanan dan Talian Kemalangan BMW.
- Aplikasi Mudah Alih BMW Group Loyalty+, Kad Keistimewaan BMW
- Servis atas talian BMW.
BACA >>> BMW K 1600 B (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Ansuran Bulanan Serendah RM2.1k!
BACA >>> Kilang Baharu BMW di Vietnam Jejaskan Operasi Kilang CKD Malaysia?
Leave a Reply