• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Trafik KL Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Sempena CNY! Apa Perlu Anda Tahu?

Polis Trafik KL Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Sempena CNY! Apa Perlu Anda Tahu?

January 10, 2023 By Shawkath Leave a Comment

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

JABATAN Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur menawarkan diskaun kompaun sebanyak 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina.

Tawaran diskaun separuh harga itu diadakan menerusi Hari Bertemu Pelanggan hingga Khamis ini (12 Januari 2023) untuk saman trafik, kecuali kesalahan tertentu. Berikut perincian:

1. BILA & DI MANA
  • Tarikh: 10-12 Januari 2023, Selasa-Khamis
  • Waktu: 8.30 pagi-4.30 petang
  • Lokasi: Balai Polis Trafik, Jalan Tun H S Lee di Kuala Lumpur.
2. SAMAN TIADA DISKAUN?

Ada sembilan kesalahan tidak layak menikmati diskaun 50 peratus iaitu:

  • Kesalahan tidak boleh kompaun
  • Kesalahan status perbicaraan
  • Kesalahan berkaitan kenderaan berat
  • Kesalahan ubah suai ekzos
  • Kesalahan memotong berbahaya (potong Q)
  • Kemalangan
  • Kesalahan potong di garisan kembar
  • Kesalahan lorong kecemasan
  • Kesalahan melanggar lampu isyarat merah
3. DAPAT DISKAUN JIKA BAYAR ONLINE, MYEG?
  • Tidak layak.
  • Bayaran secara atas talian (online) hanya melalui aplikasi mybayarsaman dan OKS (orang kena saman) kena hadir untuk mendapatkan kod bar (barcode diskaun mybayarsaman.
4. BOLEH MINTA WAKIL BAYAR SAMAN?
  • Boleh. Tetapi tidak boleh untuk mybayarsaman.
5. CARA BAYAR?
  • Bayaran boleh secara tunai, kad debit dan kad kredit.
  • Polis galakkan bayaran tunai untuk elak masalah ketika pembayaran digital
6. BAGAIMANAKAH PROSES PENGURANGAN SAMAN DIBUAT?
  • Orang awam yang mahu buat pembayaran perlu buat semakan saman terlebih dahulu, kemudian pindaan saman dan seterusnya bayar saman.
7. DISKAUN HANYA UNTUK SAMAN PDRM?
  • Ya, PDRM sahaja, tidak termasuk agensi lain.
8. BOLEHKAH BAYAR SAMAN DARI LUAR KL?
  • Boleh. Saman seluruh Malaysia juga layak untuk diskaun ini (kecuali sembilan saman dalam poin nombor dua di atas).

BACA >>> Op Ambang Tahun Baharu: 1,548 Saman Dikeluarkan, 43 Motor Kena Sita
BACA >>> Gagal Anjur MotoGP, Dorna Saman Litar KymiRing

Related

126
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT)  Melaka, roda2, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
    #TahukahAnda: Bagaimanakah Prosedur Tukar Enjin Kenderaan di JPJ?
  • Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0
    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev