• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Aveta Malaysia Lancar Sportbike 250cc Minggu Depan, Inikah Modelnya?

Aveta Malaysia Lancar Sportbike 250cc Minggu Depan, Inikah Modelnya?

January 4, 2023 By Shawkath Leave a Comment

247
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

MINGGU depan, satu sportbike baharu dijangka dilancarkan ke pasaran Malaysia. Motosikal kapasiti 250cc itu adalah tawaran terbaharu daripada Aveta Malaysia.

Sportbike itu mungkin menggunakan nama VZR250, dan berdasarkan kajian model tersebut dipercayai satu lagi produk buatan China yang akan dijenamakan semula.

Aveta VZR250 (2023) juga mungkin diperkenalkan sebagai model pemasangan tempatan (CKD) Aveta Malaysia seperti dilakukan pada supermoped Aveta SVR180 yang dilancarkan Julai tahun lalu.

BACA >>> Lexmoto LXR 380 - Sportbike China Harga Bajet Sedia Cabar Motor Jepun di Eropah

Taro GP1-250R - 3
Taro GP1-250R - 4

RAMALAN SPORTBIKE AVETA VZR250

Andaian kami, sportbike bakal lancar itu mungkin jelmaan semula model yang sudah ditawarkan di pasaran Asia dan Eropah. Ringkasannya:

  • Sportbike itu keluaran syarikat Zhejiang Chuangtai Vehicle Industry Co Ltd dengan trenkuasa 250cc  buatan Zongshen.
  • Dipercayai mirip Taro GP1-250R versi dipertingkat (2020). Di Eropah, model itu dijenamakan sebagai Lexmoto LXR380 dengan trenkuasa Zongshen lebih besar, iaitu dwi-silinder sebaris 378cc.
  • Rekabentuk depan bergaya agresif ala Aprilia RSV4.

BACA >>> Kawasaki Ninja ZX-25R ABS SE Bakal Jadi CKD, Tiba Pertengahan 2023, Harga Sekitar RM32k?

Taro GP1-250R - 2
Taro GP1-250R - 6
  • Menggunakan lampu utama projektor LED projektor dengan lampu siang (DRL) bentuk jalur. Lampu brek dan lampu signal belok juga LED.
  • Panel meter mungkin TFT digital penuh berbanding spidometer analog yang digunakan pada model generasi lama GP1-250R.

BACA >>> Yamaha YZF-R25, MT-25 (2022) Kini Ada ABS, Signal Belok LED, Harga Naik Jadi RM22.9k!

Taro GP1-250R - 5
Taro GP1-250R - 7
  • Menggunakan fairing bersudut tajam, tetapi ada beberapa bahagian mendedahkan struktur frem. Tangki minyak berbentuk maskular berkapasiti 14 liter.
  • Sistem ekzos tunggal, manakala bar hendal jenis clip-on dengan pelana terpisah.
  • Trenkuasa dipercayai sama seperti GP1-250R iaitu dwi-silinder 249.5cc dengan sistem suntikan bahan api (FI) berkuasa 16.76hp @ 8,500rpm dan tork 16.5Nm @ 6,000rpm. Kelajuan maksimum 125kmj?
  • Transmisi klac manual 6-kelajuan dengan teknologi QuickShifter.
  • Berat kering 150kg, tinggi pelana 780mm dan jarak tinggi bumi 180mm.
  • Sistem brek cakera kembar (depan), dan cakera tunggal (belakang).
  • Ada dua varian GP1-250R iaitu versi ABS (Sistem Brek Anti-Kunci) dan CBS (Sistem Brek Kombi).

Apapun, ini cuma ramalan kami. Ada kebarangkalian ciri ditawarkan berbeza berbanding produk asal untuk memastikan tawaran sportbike itu menyamai strategi harga pihak Aveta Malaysia.

BACA >>> Zongshen Bakal Lancar Dua Varian Cyclone, Segmen Berbeza Tapi Trenkuasa Sama
BACA >>> Roadster Retro Zongshen RE250 (2022) Lancar di China, Harga RM12k!
BACA >>> Ducati Senyap-Senyap Bina Sportbike Hibrid Pertama di China?

Taro GP1-250R - 0
Taro GP1-250R - 1
Taro GP1-250R - 2
Taro GP1-250R - 3
Taro GP1-250R - 4
Taro GP1-250R - 5
Taro GP1-250R - 6
Taro GP1-250R - 7

Related

247
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Aprilia RSV4, Aveta Malaysia, Lexmoto LXR380, Taro GP1-250R, Zhejiang Chuangtai Vehicle Industry Co. Ltd., Zongshen

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev