• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tambang Bas Sekolah Mungkin Naik Tahun Depan

Tambang Bas Sekolah Mungkin Naik Tahun Depan

December 29, 2022 By Sharil Leave a Comment

141
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENINGKATAN kos overhed menjadi alasan tambang bas sekolah mungkin dinaik pada Januari 2023, menurut pertubuhan persatuan bas sekolah.

Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM), Amali Munif Rahmat berkata, kenaikan tersebut  disebabkan:

  • Harga alat ganti tinggi
  • Kenaikan gaji pemandu
  • Saingan pengusaha tidak berlesen

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Bas Sekolah Warna Kuning?
BACA >>> Torsus Praetorian School Bus - Bas Sekolah Paling Lasak untuk Redah Jalan Off-Road

Menurutnya, pengusaha bas sekolah terkesan teruk selepas sekolah ditutup dalam jangka masa lama berikuta penularan wabak Covid-19 hingga ramai terpaksa gulung tikar. Malah sukar mencari pemandu bas sekolah tanpa menawarkan gaji lumayan.

GAJI TIDAK MENARIK

Amali mendakwa bayaran gaji RM2,000 sebulan tidak menarik kerana pemandu mampu mendapatkan jumlah itu untuk kerja lebih baik dan kurang tekanan.

Sukar mendapatkan pemandu sekarang kerana mereka lebih gemar memandu koc ekspres dan lori, bukan saja dibayar lebih, tetapi juga kurang tekanan. (Jika memandu bas sekolah), mereka tidak boleh cuti sakit kerana akan mengganggu persekolahan murid.”

Dipetik FMT, Amali mendakwa pertubuhan itu pernah mempunyai kira-kira 16,000 pengusaha bas sekolah, tetapi kini sudah berkurangan kira-kira separuh.

Selain kenaikan kos operasi, bas sekolah berlesen turut disaingi pengusaha pengangkutan bas haram yang menawarkan perkhidmatan lebih murah.

Susulan isu tambang semakin mahal, PPPBSM mengeluarkan garis panduan mengenai kadar bulanan mengikut perkhidmatan disediakan dan jarak, serta faktor lain dengan caj tambang antara RM50 hingga RM1,000, bergantung jenis bas dipilih. Ini kerana sesetengah ibu bapa mahukan bas lebih selesa dan dapat dipantau GPS.

SUBSIDI TAMBANG BAS

Sementara itu, Setiausaha Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Tunku Munawirah Putra meminta Kerajaan menyediakan subsidi tambang bas dalam bentuk baucar bagi menringankan beban keluarga, terutama golongan B40.

Tunku Munawirah berkata, isu tambang bas sekolah lebih mahal sering dibangkitkan, tetapi tiada penyelesaian ditemui. Justeru beliau mahu Kerajaan campur tangan.

Sesetengah ibu bapa mungkin tidak mampu menghantar anak mereka ke sekolah dan ini dapat menyebabkan mereka tercicir (dalam persekolahan) jika tidak dibantu,” katanya.

Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), N Marimuthu menggesa isu berkenaan diselesaikan sebelum penggal persekolahan dibuka kerana ada keluarga terpaksa membayar tambang bas sekolah mencecah RM500 untuk anak mereka.

Secara khusus, keluarga B40 memerlukan sokongan Kerajaan kerana mereka mungkin mempunyai hingga lima anak. Selain itu, pengusaha dan pemandu bas sekolah juga mendapat manfaat daripada subsidi kerana terjejas teruk akibat wabak,” kata Marimuthu.

BACA >>> Inilah 5 Impak Besar Bas Sekolah Percuma Selain Ringankan Kos Sara Hidup
BACA >>> #Videotomotif: Gara-Gara Parkir Tak Sekolah, Kereta Ini Dirempuh Bas (Pun Tak Sekolah)

Related

141
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: alat ganti, Amali Munif Rahmat, Auto Terkini, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), pemandu bas, Persekutuan Persatuan-Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM), tambang bas sekolah, tambang naik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev