• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Kenapa Bas Sekolah Warna Kuning?

#TahukahAnda: Kenapa Bas Sekolah Warna Kuning?

March 31, 2022 By Farah Leave a Comment

532
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BAS sekolah adalah satu-satunya pengangkutan awam yang dicat warna sama, iaitu kuning! Pernahkah terlintas dalam fikiran, kenapa semua bas sekolah di dunia berwarna kuning, dan bukan warna lain, atau berwarna-warni?

Menurut childrensmuseum.org, semua bas sekolah berwarna kuning disebabkan seorang professor Dr Frank W Cyr yang mengajar di Universiti Columbia di New York, Amerika Syarikat (AS). Beliau dikatakan menganjurkan persidangan untuk melaraskan kenderaan sekolah di AS pada 1939.

Dalam kajian dilakukan W Cyr, beliau mendapati warna kenderaan sekolah masih tidak diseragamkan. Justeru ini menyebabkan perbincangan diadakan dan akhirnya ramai bersetuju memilih warna seragam kuning, atau awalnya dikenali sebagai Bas Sekolah Krom (kuning kunyit).

KENAPA KUNING DIPILIH?

Ini kerana dalam kondisi cuaca buruk, kuning ialah warna paling selamat bagi kenderaan bergerak. Warna kuning lebih mudah dilihat walaupun berada dalam keadaan hujan atau kabus.

Selain itu, warna kuning juga lebih menonjol dikesan pengguna umum apabila dituliskan perkataan 'bas sekolah' yang berwarna hitam, berbanding warna lain seperti merah.

Mengikut undang-undang persekutuan di AS, bas sekolah yang berwarna lain atau warna kuning berbeza tidak boleh dibeli. Menurut Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA), semua bas mesti dicat kuning berkilat mengikut spesifikasi Institusi Piawaian dan Teknologi Kebangsaan (NIST) Piawaian Persekutuan No.595a, warna 13432.

BACA>>> Inilah 5 Impak Besar Bas Sekolah Percuma Selain Ringankan Kos Sara Hidup
BACA>>> Hyundai Perkenal Bas Sekolah Canggih, Staria Kinder untuk Pasaran Korea Selatan

SUMBER: Childrensmuseum

Artikel Berkaitan

532
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Bas, bas sekolah, Bas Sekolah Kuning, tahukah anda, warna bas sekolah, warna kuning

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
    Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
  • Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
    Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
  • Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
    Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
  • 'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...
    'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my