• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penjara untuk Pelumba Haram, Denda RM10k Jika Ubah Suai Enjin, Ekzos Motor

Penjara untuk Pelumba Haram, Denda RM10k Jika Ubah Suai Enjin, Ekzos Motor

December 29, 2022 By Sharil Leave a Comment

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HUKUMAN bagi kesalahan mengubah suai enjin dan paip ekzos motosikal akan dinaikkan daripada RM300 kepada RM10,000 selepas Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dipinda kelak.

Di bawah peruntukan baharu akta itu, individu yang berlumba haram bakal berdepan hukuman penjara jika didapati bersalah. Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Isham Ishak berkata, cadangan pindaan itu dalam peringkat awal melibatkan penglibatan dan perundingan dengan pihak berkepentingan.

BACA >>> Tikam Jiran 17 Kali Sebab Ekzos Bising
BACA >>> Pemilik Waisuku Kena Saman: "Ekzos Bising untuk Keselamatan Saya"

Menurutnya, denda itu perlu dinaikkan kerana ramai anak muda terang-terangan melanggar undang-undang berlumba haram.

Mereka mampu membayar denda RM300 dan sebab itu kami mencadangkan untuk menaikkan hukuman kepada RM10,000 bagi meningkatkan kesedaran tentang bahaya lumba haram."

Malah, ibu bapa yang membenarkan anak menggunakan basikal untuk berlumba haram dan pemilik bengkel yang mengubah suai basikal juga akan dikenakan kompaun. Cadangan pindaan itu dijangka dibentangkan di Parlimen pada suku ketiga tahun depan.

Berikut pengubahsuaian motosikal yang tidak dibenarkan:

  • Guna tayar terlalu kecil
  • Tukar ekzos bising
  • Tidak menggunakan cermin sisi
  • Tukar swing arm untuk meringankan motosikal
  • Tukar blok enjin untuk lebih kelajuan
  • Tukar Unit Kawalan Enjin (ECU) untuk tambah kelajuan dan mematikan had laju maksimum motosikal (cut noff)

Mengenai perkembangan berkaitan, Isham berkata, Kementerian akan mencadangkan laluan motosikal berasingan ditetapkan di semua jalan negeri dan persekutuan.

Selain itu, di bawah Pelan Keselamatan Jalan Raya 2022-2030 yang dilancarkan Januari tahun ini, Kementerian sudah mewajibkan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk semua motosikal 150cc ke atas bermula 1 Januari 2025.

BACA >>> Kajian: Ekzos Bising Disahkan Tidak Boleh Selamatkan Nyawa
BACA >>> Mati Tertindih Kereta Ketika Curi Ekzos

Related

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Akta Pengangkutan Jalan 1987, Auto Terkini, ekzos, Lumba Haram, Ubah Suai Motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev