• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota GR Supra (2023) dengan Gear Manual Kini di Australia, Harga Mula RM260k Sahaja!

Toyota GR Supra (2023) dengan Gear Manual Kini di Australia, Harga Mula RM260k Sahaja!

January 3, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

84
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AUSTRALIA
adalah antara negara yang ditawarkan pelbagai model Toyota menarik seperti Toyota Hilux Rouge dengan spesifikasi berbeza, Toyota Corolla Hatch, Toyota Granvia, Toyota Kluger dan masih menjual trak pikap Toyota LandCruiser 70!

Selain itu, Toyota Australia juga menawarkan model prestasi seperti Toyota GR86, Toyota GR Supra, Toyota GR Yaris dan bakal memperkenalkan Toyota GR Corolla.

Senarai produk GR itu tidak termasuk model GR lebih sederhana seperti Toyota Yaris Cross GR Sport dan Toyota Hilux GR Sport. Meriah bukan? Daripada model massa hingga model terhad, bagaimanakah pula harga?

Nampak munasabah, kita ambil Toyota GR Supra manual sebagai contoh. Di sana, model sport dengan klac di kaki itu ditawarkan pada harga A$87,000 (RM260,440) untuk varian GT dan A$97,000 (RM290,380) bagi GTS. Berikut fakta mengenai model prestasi itu:

BACA >>> Model Lumba Toyota GR Supra GT4 Evo (2023) Siap Sedia Tambah Trofi, Harga RM875k!
BACA >>> Toyota Tayang GR Yaris Guna Hidrogen!

  • Berbanding Toyota GR Supra automatik, transmisi manual adalah 18kg lebih ringan yang membantu meningkatkan dinamik pemanduan. Nisbah gear dibuat teliti kerana transmisi manual mempunyai tuil gear pendek untuk memberikan fiil langsung dan lancar.
  • Turut dilengkapi fungsi Bantuan Anjakan Gear (GSA) yang disesuaikan untuk transmisi manual supaya kelajuan enjin dan gear dipilih dapat disegerakkan (sync) bagi tukaran lancar. Jika tidak mahu, pemandu boleh memadamkan fungsi tersebut dengan memilih mod Sport.
  • Trenkuasa dijana enjin 3.0L B58B30O1 untuk kedua-dua jenis transmisi menghasilkan kuasa 382hp @ 5,800-6,500 rpm dan tork 500Nm @ 1,800-5,000 rpm. Di Australia, enjin itu disarankan diisi petrol RON95, tetapi masih boleh disuapkan petrol gred RON91.
  • Selain transmisi manual, pasukan jurutera Toyota juga mengambil peluang mempertingkat fiil dan dinamik stereng. Stereng kuasa elektronik (EPS) dan sistem Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC) ditala semula bagi mempertingkat respons membelok dalam fasa awal input stereng.
  • Digabung perubahan karakteristik sesendal (bush) suspensi, pakej itu meningkatkan lagi fiil stereng Toyota GR Supra. Satu lagi perubahan dibuat adalah semua varian menggunakan kaliper brek merah.

  • Toyota GR Supra GTS pula tampil istimewa dengan rim aloi 19 inci yang 1.2kg lebih ringan (setiap satu), sekali gus menambah baik aspek dinamik.
  • Varian ini mendapat skema warna kabin perang menggantikan merah. Warna luaran mengetengahkan tiga pilihan baharu, iaitu Copper Grey (kelabu), Azure Blue (biru) dan Matte White (putih), menggantikan Suzuka Silver (perak) dan Goodwood Grey (kelabu).
  • Ini pula harga Toyota GR Supra Australia (2023):
    • Toyota GR Supra GT (MT): A$87,000 (RM260,440)
    • Toyota GR Supra GT (AT): A$87,000 (RM260,440)
    • Toyota GR Supra GTS (MT): A$97,000 (RM290,380)
    • Toyota GR Supra GTS (AT): A$97,000 (RM290,380)

BACA >>> TGR Hasilkan Semula Alat Ganti Toyota Levin AE86!
BACA >>> Permintaan Jadi Realiti, Toyota GR Supra Manual 6-Kelajuan Diperkenal!

Toyota GR Supra GTS (MT) Australia (2022)
Toyota GR Supra GTS manual Australia 2022.01
Toyota GR Supra GTS manual Australia 2022.02
Toyota GR Supra GTS manual Australia 2022.03
Toyota GR Supra GTS manual Australia 2022.04
Toyota GR Supra GTS manual Australia 2022.05
Toyota GR Supra GTS manual Australia 2022.06
Toyota GR Supra GTS manual Australia 2022.07

Related

84
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Roda4, Toyota, Toyota Australia, Toyota GR Supra (2023), Toyota Supra, Toyota Supra A90, Toyota Supra manual

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev