• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jeep Wrangler High Tide (2023), Wrangler Beach Edisi Khas Lancar, Harga Mula RM228k!

Jeep Wrangler High Tide (2023), Wrangler Beach Edisi Khas Lancar, Harga Mula RM228k!

December 22, 2022 By Shawkath Leave a Comment

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JEEP mengeluarkan dua model Wrangler edisi khas, Wrangler High Tide (2023) dan Wrangler Beach (2023) yang dihadkan pengeluaran 500 unit sahaja.

Jeep Wrangler High Tide (foto bawah) dibina berasaskan varianWrangler Sport S dengan enjin 3,600cc Pentastar, dan transmisi automatik 8-kelajuan.

Bezanya, ada pakej Xtreme Recon disertakan untuk High Tide seperti tayar BF Goodrich 35 inci dan rim 17 inci dengan kunci manik (beadlock). Kadar nisbah gandar belakang 4.56 dan menggunakan kit suspensi 1.5 inci ditinggikan bersama beberapa talaan khas.

Perubahan lain ialah bumbung keras dengan warna badan sama. Ada juga rak pelindung batu dan karpet khas dipasang dalam kabin selain pelekat High Tide atas bonet.

Jeep Wrangle Jeep Beach (foto atas) pula menggunakan varian High Tide sebagai asas binaan dengan beberapa sentuhan khas seperti dekal atas bonet, kerusi kulit dan sulaman Jeep Beach. Tambahan lain ialah fender warna badan.

Juga ada plak khas sempena ulang tahun ke-20 Jeep Beach dan plat Jeep Beach yang disertakan dalam setiap pembelian. Bagaimanapun, pengeluaran dihadkan 500 unit sahaja.

Harga Jeep Wrangler High Tide cuma AS$51,540 (RM228,190), manakala Jeep Beach berharga AS$54,040 (RM239,260). Ada enam pilihan warna disediakan, iaitu Hydro Blue, High Velocity, Black, Bright White, Punk'n dan Sting Gray.

Model itu diperkenalkan sebagai model sambutan ulang tahun ke-20 Festival Jeep Beach di Amerika Syarikat. Acara Jeep Beach diadakan di Pantai Daytona, Florida dengan mempelawa peminat Jeep serata dunia. Tahun ini menyaksikan kehadiran 200,000 peminat Jeep dan 20,000 unit Jeep.

BACA >>> Jeep Mahu Guna Gorilla Glass untuk Cermin Depan, Macam Skrin Telefon Pintar
BACA >>> "Jeep Mini' Buatan India - Mahindra Roxor Masuk Pasaran Amerika Syarikat

Related

58
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Festival Jeep Beach, JEEP, Jeep JEEP akan mengeluarkan Wrangler edisi khas pada 2023. Ada dua model yang dipanggil Wrangler High Tide dan Wrangler Jeep Beach, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Pentastar, Roda4, SUV, Wrangler Jeep Beach, Xtreme Recon

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev