TAHUN ini adalah ulang tahun keempat 'perkahwinan' Proton dan Geely, iaitu kerjasama strategik yang terbentuk selepas syarikat induk, DRB Hicom menjual 49.9 peratus kepentingan kepada Zhejiang Geely Holding Group pada 2017.
Keputusan melepaskan sebahagian saham itu membantu Proton 'bernafas semula' walaupun langkah itu mendapai pelbagai reaksi berbeza. Apa yang pasti, kini kita dapat menyaksikan ribuan Proton X70 dan Proton X50 bergerak atas jalan seluruh negara.
BACA >>> Geely Lancar Boyue Edisi Khas Sukan Asia ke-19 dengan Gril Proton X70
BACA >>> Proton X70 (2022) Facelift Lancar dengan Opsyen Trenkuasa dan AWD, Harga Mula RM93k!
Sempena memperingati ulang tahun ke-4, Proton menerusi laman Facebook berkongsi 10 fakta menarik mengenai Proton X70:
- Proton X70 ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) premium pertama Proton.
- Proton X70 dilancarkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah pada 12 Disember 2018.
- Proton X70 ialah kenderaan pertama Proton yang 'boleh bercakap' menerusi arahan suara 'Hai, Proton' daripada penumpangnya.
- Proton X70 menerima lebih 10,000 tempahan sawal ebelum SUV itu menjengah bilik pameran
- Proton X70 ialah SUV segmen-C paling laris dengan jualan terkumpul sejak dilancarkan hingga akhir November 2022 ialah 82,869 unit.
- Model pemasangan tempatan (CKD) pertama Proton X70 terhasil pada 13 Disember 2019 di Tanjung Malim.
- Proton X70 menerima naik taraf dan pilihan trenkuasa baharu pada 9 Jun 2022.
- Brunei menjadi pasaran eksport pertama Proton X70 dan pelancaran dibuat pada 29 Julai 2019.
- Proton X70 kini dieksport ke tujuh negara.
- Proton X70 juga dipasang di ibu kota Karachi, Pakistan.
BACA >>> Afrika Selatan Promosi Proton X50, Netizen Malaysia Masuk Menyibuk Beri Komen
BACA >>> #PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!
BACA >>> Menteri Mahu Teliti Isu Alat Ganti, Termasuk Servis 'Eksklusif' Proton X70, X50
BACA >>> Proton X70 'Scrap' Harga Mula RM25k!
BACA >>> Proton X70 (2022) Facelift Lancar dengan Opsyen Trenkuasa dan AWD, Harga Mula RM93k!
BACA >>> Tular Foto Proton X70 Special Edition Bakal Lancar, Brunei Buka Tempahan!
BACA >>> Perbandingan: Geely Azkarra Filipina vs Proton X70
BACA >>> Pakistan Lancar Proton X70! Harga Bermula RM123k (CBU), RM118k (CKD)
BACA >>> #TahukahAnda: 14 Fakta Transmisi Proton X70 - 7DCT yang Perlu Anda Tahu
Leave a Reply