• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan Sakura, Mitsubishi eK X EV Dipilih Kereta Terbaik (COTY) Jepun 2022/23

Nissan Sakura, Mitsubishi eK X EV Dipilih Kereta Terbaik (COTY) Jepun 2022/23

December 12, 2022 By Azhan O Leave a Comment

56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


NISSAN Sakura (2022) dan Mitsubishi eK X EV (2022) dinamakan sebagai pemenang Kereta Terbaik (COTY) Jepun 2022-2023. Kedua-dua model itu sebelum ini turut menerima anugerah Kei Car Terbaik 2022-2023.

Menurut jawatankuasa juri, dua model itu dipiliha sebagai pemenang COTY Jepun 2022-2023 berdasarkan harga kompetitif dan sumbangan kepada meluaskan pasaran kenderaan elektrik (EV) di Jepun.

BACA >>> Crossover EV Liux Animal Sepantas 200kmj, Sekali Cas Boleh Pandu Hingga 600km

Nissan Sakura.03
mitsubishi-eK-X-EV

Berikut fakta mengenai Nissan Sakura (2022) dan Mitsubishi eK X EV (2022):

  • Nissan Sakura dan Mitsubishi eK X EV menawarkan jarak pemanduan antara 120km hingga 150km.
  • Ini adalah kali keenam Nissan menerima anugera COTY, dan kali kelima buat Mitsubishi.
  • Kedua-dua model adalah projek usahasama perikatan Nissan dan Mitsubishi, sama seperti projek Nissan Livina dan Mitsubishi Xpander.
nissan-sakura
mitsubishi-eK-X-EV-1
  • Nissan Sakura dan Mitsubishi eK X EV menawarkan penyelesaian kepada isu berkaitan pengurangan stesen petrol disebabkan aktiviti karbon neutral yang giat dilaksanakan di negara itu.
  • Kedua-dua kereta bandar itu turut mendapat pujian dalam aspek pengendalian dan prestasi dinamik.
  • Nissan Sakura dan Mitsubishi eK X EV juga menawarkan nilai wang sebagai kereta EV aras mula dalam kategori kei car.
  • Malah jarak pemanduan, keselesaan dan teknologi keselamatan ditawarkan turut mengagumkan barisan juri.

BACA >>> Keicar Elektrik Nissan Sakura (2023) Diperkenal, Harga Mula RM80.5k
BACA >> Mitsubishi eK X EV (2022) dengan Harga Mula RM59.6k, Termasuk Subsidi Gomen Jepun!

Related

56
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kei car, Kei Car Terbaik 2022-2023, Mitsubishi, Mitsubishi eK X EV, Nissan, Nissan Sakura

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev