• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Toyota Bakal Hasilkan Enjin Hibrid Bawah 1800cc, Mahu Lawan Honda?

Toyota Bakal Hasilkan Enjin Hibrid Bawah 1800cc, Mahu Lawan Honda?

December 9, 2022 By Han Othman Leave a Comment

79
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TOYOTA tidak menolak kemungkinan memperkenalkan trenkuasa hibrid untuk model yang lebih mampu milik pada masa akan datang, menurut wakil pengedar kenderaan Toyota di Indonesia, Toyota Astra Motor (TAM).

Namun, rancangan itu memerlukan kajian dan masa supaya dapat memenuhi sasaran dan tujuan. Naib Presiden TAM, Henry Tanoto berkata;

Kita tidak akan berhenti untuk model elektrifikasi, kita akan ada model lain. Tapi untuk perincian belum boleh didedahkan, tetapi akan ada.

"Kenapa tidak (model hibrid bawah 1,800cc), kalau ada beritanya kami akan maklumkan."

TOYOTA RUSH HIBRID?

Mengenai desas-desus Toyota Rush yang dikhabarkan akan dipasang trenkuasa hibrid, Tanoto menafikan berita itu kerana masih tiada perancangan. Apa yang pasti Toyota tidak akan berhenti menghasilkan model-model elektrifikasi.

TAM juga enggan mendedahkan barisan model baharu untuk tahun depan, tetapi mengakui banyak model bakal diperkenalkan kerana tahun ini saja 10 hingga 15 model sudah dilancarkan di pasaran Indonesia. Justeru jumlah model baharu nanti tidak jauh berbeza dengan model tahun ini.

BACA >>> Toyota Innova Zenix (2023) Debut di Malaysia Tahun Depan?

Di Indonesia tahun ini, pengeluar itu baru saja melancarkan produk elektrifikasi, iaitu Toyota bZ4X dan Toyota Kijang Innova Zenix Hybrid yang menjadi mobil hibrid pertama dikeluarkan dari fasiliti tempatan.

Menurut Tanoto, tempahan  Toyota Kijang Innova Zenix sudah mencecah jumlah 4,000 unit dengan 82 peratus ialah model hiibrid.

Secara keseluruhan sejak 2009 hingga kini, Toyota sudah menjual lebih 7,814 unit kenderaan elektrifikasi dan menyumbang kepada emisi karbon hampir 8.500 ton CO2," katanya.

BACA >>> SUV Elektrik Toyota bZ4X (2023) Lancar di Indonesia, Harga RM346k
BACA >>> Kenapa Toyota Kijang Innova Zenix (2023) Guna Platform TNGA-C, Bukan Lagi IMV?

SUMBER: Kompas

Related

79
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Henry Tanoto, Toyota, Toyota Astra Motor (TAM), Toyota bZ4X, Toyota Kijang Innova Zenix, Toyota Kijang Innova Zenix Hybrid

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my