SIME Darby Motors (SDM) sebentar tadi melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik penuh BYD Atto 3 (2023) yang didatangkan dalam dua varian.
BYD Atto 3 (2023) ialah model SUV elektrik pertama di pasaran tempatan selepas SDM dilantik sebagai pengedar rasmi BYD di Malaysia.
BACA >>> SUV Elektrik Toyota bZ4X (2023) Lancar di Indonesia, Harga RM346k
BACA >>> Sime Darby, BYD Meterai Perjanjian Edar Kenderaan Elektrik, Dua Model EV Baharu Akan Debut
Berikut perincian SUV itu:
VARIAN
Ada dua varian diperkenalkan, iaitu:
- Standard Range - RM149,800
- Extended Range - RM167,800
WARNA
- Ada lima pilihan warna badan: Surf Blue (biru), Forest Green (hijau), Parkour Red (merah), Boulder Grey (kelabu) dan Ski White (putih).
- Kemasan kabin dalam dwi-tona Eclipse Blue dengan kombinasi Hazy Grey (biru kelabu).
TRENKUASA
- Dijana unit motor elektrik segerak magnet kekal berkuasa 203hp dan tork 310Nm.
- Pecutan 0-100kmj sepamtyas 7.3 saat.
- Jarak pemanduan Standard ialah 410km, manakala Extended hingga 480km.
- Bateri BYD Blade dalam dua kapasiti mengikut varian:
- Standard - 49.92kWh
- Extended - 60.48kWh
PERINCIAN
- Ada 5-kerusi dalam kabin.
- Dimensi panjang 4,455mm, lebar 1,875mm, dan tinggi 1,615mm, manakala jarak roda 2,720mm, tinggi lega bumi (tanpa muatan) 175mm.
- Berat keseluruhan Standard 2,090kg, Extended 2,160kg.
- Suspensi strut MacPherson (depan), dan multi-link (belakang).
- Dipasangkan sistem brek cakera setiap roda.
- Rim aloi 17 inci dengan tayar 215/60 (Standard), dan rim 18 inci dan tayar 215/55 (Extended).
- Bateri boleh dicas dengan soket 3-pin, pengecas arus ulang-alik (AC) Type 2 dan arus terus (DC).
LUARAN
- Bumbung panoramik
- Pintu but elektrik dengan sekali sentuh untuk buka dan tutup (ikut varian)
- Rel bumbung
- Cermin sisi boleh laras elektrik, dan fungsi pemanas cermin
- Sistem lampu LED penuh dengan fungsi Lampu Depan Adaptif
DALAMAN
- Stereng bantuan elektrik dengan roda stereng dan butang multikawal.
- Kluster instrumen digital 5 inci
- Penyaman udara automatik dengan penapis udara mengikut varian
- Sistem penghidup tanpa kunci.
- Unit infotainmen digital skrin sentuh 12.8 inci boleh pusing dengan enam pembesar suara. (varian Extended ada lapan pembesar suara).
- Konektviti wayarles untuk sambungan Bluetooth, Apple CarPlay dan Android Auto
- Navigasi satelit dan penstriman muzik dengan port USB dan soket 12V.
- Kemudahan pengecas wayarles (untuk Extended)
- Kerusi kulit sintetik, tempat duduk belakang boleh lipat 60:40
- Kerusi depan boleh laras elektrik
- Ada pautan ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak di belakang.
KESELAMATAN
- Beg udara (depan, sisi dan langsir)
- Pengingat tali keledar
- Pandangan monitor 360º
- Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)
- Sensor radar (dua depan, empat belakang)
- Brek Pegun Automatik (AHB) dan Brek Parkir Elektrik (EPB)
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Program Stability Elektrik (ESP), Kawalan Traksi
- Agihan Brek Elektronik (EBD)
- Kawalan Turun Bukit (HDC)
- Sistem Brek Kecemasan Automatik (AEB)
- Amaran Perlanggaran Depan (PCW)
- Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) penuh dengan fungsi henti-mula Stop-Start
BACA >>> Perodua Lancar Kajian Pasaran Program Langganan Guna Ativa Hybrid
BACA >>> Panel Bumbung Solar Genesis G80 Mampu Cas Elektrik untuk Tambahan 1,000km Setahun
BACA >>> Pengeluar Automotif China, BYD Bina Kilang Topeng Muka Kurang Sebulan
BACA >>> China, Korea Selatan Pun Berminat Tambah Pelaburan Pembuatan EV di Indonesia
Leave a Reply