NYAWA macam tiada nilai. Itu mungkin gambaran paling sesuai untuk tiga individu yang menaiki dua motosikal di satu kawasan persimpangan dipercayai Persimpangan Merlimau dekat stesen minyak BHP di Merlimau, Melaka. Mengapa? Jom tonton aksi mereka dalam video di bawah:
Rakaman yang dikongsi di Facebook Dashcam Owners Malaysia menunjukkan dua motosikal dinaiki tiga pemuda berhenti di kawasan persimpangan. Ketiga-tiga individu itu juga tidak memakai topi keledar.
BACA >>> Pengguna Lebuhraya DASH Perlu Bayar Tol Mula Esok, Caj Serendah RM1.20!
Sebaik tiba di kawasan persimpangan, mereka menunggu seketika sebelum bertindak melintas jalan meskipun sedar lampu isyarat belum bertukar warna merah.
Tiba-tiba kedengaran hon dipercayai amaran dari sebuah lori membawa muatan bahan binaan yang menghampiri dua motosikal berkenaan. Kedua-dua motosikal segera memulas terotal untuk merentas jalan.
BACA >>> 40 Pilihan Kamera Pemuka (Dashcam) Terbaik, Kamera Berkualiti Tinggi di Malaysia
Pada masa sama, pembonceng salah seunit motosikal itu melompat ke belakang dan sempat berundur ke tepi jalan pada ketika lori berkenaan membrek. Mujur tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian tersebut.
Ada netizen mendakwa penunggang motosikal melanggar lampu isyarat di situ adalah perkara biasa. Mungkin pihak berwajib perlu melakukan operasi termasuk meneliti keperluan menambah baik kawalan serta kemudahan lalu lintas di persimpangan tersebut.
SUMBER: Facebook
Leave a Reply