• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pengguna Lebuhraya DASH Perlu Bayar Tol Mula Esok, Caj Serendah RM1.20!

Pengguna Lebuhraya DASH Perlu Bayar Tol Mula Esok, Caj Serendah RM1.20!

November 30, 2022 By Shawkath Leave a Comment

43
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEPAS  menikmati akses percuma Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) selama 48 hari bermula 14 Oktober sehingga 30 November 2022 (hari ini), pengguna kini perlu mula membayar tol untuk memasuki lebuh raya tersebut.

Jadi, bermula esok, Khamis (1 Disember 2022) jam 12.01 pagi (tengah malam ini), semua pengguna Lebuhraya Dash perlu membayar tol pada kadar sama di tiga plaza tol lebuh raya itu, iaitu:

  • Plaza Tol Denai Alam
  • Plaza Tol RRIM (Kwasa Damansara)
  • Plaza Tol Kota Damansara

Berikut kadar tol dikenakan mengikut kelas kenderaan:

  • Kereta (Kelas 1): RM2.30
    • Kenderaan dua gandar dan tiga atau empat roda (tidak termasuk teksi dan bas)
  • Lori (Kelas 2): RM4.60
    • Kenderaan dua gandar, dan lima atau enam roda (tidak termasuk bas)
  • Treler (Kelas 3) RM6.90
    • Kenderaan tiga gandar atau lebih (tidak termasuk bas)
  • Kereta Teksi (Kelas 4): RM1.20
  • Bas (kelas 5): RM2.30

BACA >>> #TahukahAnda: 30 Fakta Menarik Anda Perlu Tahu Tentang Lebuhraya DASH
BACA >>> Lebuhraya DASH Buka Kepada Orang Ramai Esok, Percuma Sampai 30 November 2022

KAEDAH BAYARAN

  • Kutipan tol dibuat secara elektronik sepenuhnya, iaitu menggunakan kad Touch N' Go (TnG), SmartTAG dan RFID.
  • Pengguna diingatkan supaya memastikan baki kad TnG dan e-dompet mencukupi sebelum memasuki Lebuhraya DASH.

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) dalam kenyataan menyatakan Bahagian Operasi Lebuhraya DASH akan sentiasa memantau kelancaran sistem kutipan tol di ketiga-tiga plaza tol berkenaan.

Pengendali tol itu juga memaklumkan petugas akan ditempatkan di lorong plaza tol kedua-dua arah lebuh raya, terutama pada waktu puncak untuk membantu pengguna yang menghadapi kesulitan. Sebarang pertanyaa boleh hubungi DASH di talian bebas tol 1300-88-5522.

BACA >>> Penghantar Makanan Jadi Mangsa Maut Pertama di Lebuhraya DASH
BACA >>> Kadar Tol Lebih Murah di Lebuhraya AKLEH, GCE, LKSA, SILK, Lekas, Besraya
BACA >>> PH Sedia Hapuskan Tol PLUS Jika Menang PRU15, Dapat Perintah Lima Tahun!

Artikel Berkaitan

43
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Lebuhraya Bertingkat Damansara Shah-Alam (DASH), Plaza Tol Denai Alam, Plaza Tol Kota Damansara, Plaza Tol RRIM (Kwasa Damansara)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
    Moto Morini Bakal Hasilkan Model Cruiser 650cc Untuk Cabar Kawasaki Vulcan S?
  • Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
    Tiada Perodua Bezza (2023), Perodua Hanya Lancar Axia Tahun Ini
  • Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
    Jepun Dapat Yamaha YZF-R25 (2023) Warna Phantom Purple, Harga RM21.8k
  • 'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...
    'Oil Filter' Perodua Asyik Bocor, Ini Jawapan CEO Perodua...

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my