• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Knaus Tabbert dari Jerman Dapat VTA untuk Pasarkan Produk RV, Karavan di Malaysia

Knaus Tabbert dari Jerman Dapat VTA untuk Pasarkan Produk RV, Karavan di Malaysia

November 29, 2022 By Azhan O Leave a Comment

83
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAJLIS Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC)
mengorak langkah dalam meluaskan pembangunan industri kenderaan rekreasi (RV) di Malaysia dengan menganugerahkan sijil Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) pertama kepada peneraju RV terkemuka di Eropah dari Jerman, Knaus Tabbert AG.

Upcara penyerahan sijil VTA itu berlangsung di bangunan Menara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)  7 di Kuala Lumpur yang disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Haji Hashim kepada Ketua Pengerah Eksekutif (CEO), Knaus Tabbert AG, Wolfgang Speck dengan disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha (Industri) MITI, Datuk Seri Norazman Ayob dan CEO ECERDC, Datuk Baidzawi Che Mat.

BACA >>> #RetroAuto: Tentang Sejarah RV yang Perlu Anda Tahu

knaus-tabbert-ecerdc-3
knaus-tabbert-ecerdc-2

Kelulusan VTA diberikan itu membolehkan saluran pengedaran dan jualan produk karavan baharu di bawah kategori sendiri, sekali gus memudahkan urusan keperluan kewangan dan insurans.

Zailani (foto atas kiri)berkata, sebagai agensi Kerajaan yang bertanggungjawab memantau dan menguruskan pendaftaran dan pelesenan kenderaan bermotor, JPJ komited untuk membantu pelabur ECERDC dan automotif dalam menguruskan industri RV dengan sistematik, berdaya tahan dan inovatif.

Ini untuk memastikan keselamatan industri dan mengurangkan risiko kemalangan, serta pada masa sama memacu industri berkualiti tinggi dengan keselamatan," katanya.

Speck  (foto atas kanan) pula meluahkan rasa optimis mengenai potensi pertumbuhan industri RV di Malaysia dan memandang ke depan untuk bekerjasama dengan ECERDC untuk menubuhkan fasiliti pembuatan RV di wilayah ECER.

Permintaan terhadap industri RV menunjukkan peningkatan global yang signifikan, dan pasaran ini dijangka berkembang menjadi industri multi-bilion dolar di Malaysia dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang."

"Malaysia yang mempunyai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan China, Jepun, Korea, India, Australia dan New Zealand memiliki potensi besar untuk menjadi hab karavan untuk Asia Pasifik.

"Industri RV masih baharu di Malaysia berbanding Australia yang sudah meraih anggaran keuntungan bernilai AS$11 bilion (49.5 bilion) untuk sebuah negara dengan populasi 26 juta penduduk.

"Kami juga mahu bekerjasama dengan syarikat di Malaysia untuk peluang pengedaran dan membuka lebih banyak parkir karavan di negara ini untuk menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia meneroka gaya hidup baharu ini dan mengambil manfaat penuh atas landskap negara yang indah," katanya.

knaus-tabbert-ecerdc-36
knaus-tabbert-ecerdc-38

Mengenai ECERDC, badan Kerajaan itu sudah menerajui pembangunan industri RV sejak 2021, dan pernah menerima delegasi dari Caravaning Verband (CIVD) yang mewakili pemain RV Jerman dalam lawatan ke Wilayah Ekonomi Pantai Timur pada Fabruari lalu untuk meneroka peluang perniagaan dan pelaburan dalam industri RV.

ECERDC juga sudah menandatangani memorandum kerjasama (MoU) dengan Knaus Campingparks untuk membangunkan parkir perkhemahan dan memperkenalkan pengalaman gaya hidup baharu kepada rakyat Malaysia.

Dalam upacara tersebut, Knaus Tabbert AG  turut mempamerkan model karavan Knaus Sport 540 FDK (foto bawah) yang akan dijual di pasaran Malaysia.

BACA >>> #BikinKereta: Volkswagen Beetle Kamper Mini (1969) Ini Dijual RM82k
BACA >>> Honda N-Van Compo - MPV Mini JDM Edisi Khas untuk Kaki Piknik

knaus-tabbert-ecerdc-2
knaus-tabbert-ecerdc-3
knaus-tabbert-ecerdc-4
knaus-tabbert-ecerdc-7
knaus-tabbert-ecerdc-38
knaus-tabbert-ecerdc-36
knaus-tabbert-ecerdc-8
knaus-tabbert-ecerdc-9
knaus-tabbert-ecerdc-10
knaus-tabbert-ecerdc-11
knaus-tabbert-ecerdc-12
knaus-tabbert-ecerdc-13
knaus-tabbert-ecerdc-14
knaus-tabbert-ecerdc-15
knaus-tabbert-ecerdc-16
knaus-tabbert-ecerdc-17
knaus-tabbert-ecerdc-18
knaus-tabbert-ecerdc-19
knaus-tabbert-ecerdc-20
knaus-tabbert-ecerdc-26
knaus-tabbert-ecerdc-27
knaus-tabbert-ecerdc-28
knaus-tabbert-ecerdc-29
knaus-tabbert-ecerdc-30
knaus-tabbert-ecerdc-31
knaus-tabbert-ecerdc-32
knaus-tabbert-ecerdc-33
knaus-tabbert-ecerdc-34
knaus-tabbert-ecerdc-35
knaus-tabbert-ecerdc-37
knaus-tabbert-ecerdc-39
knaus-tabbert-ecerdc-40
knaus-tabbert-ecerdc-41

Related

83
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Karavan, Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA), Kenderaan Rekreasi (RV), Knaus Tabbert AG, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), motorhome, Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev