• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 44 Pasukan Lumba Motosikal Sedia Berentap dalam BRAAAP 2 Hours Endurance 2022!

44 Pasukan Lumba Motosikal Sedia Berentap dalam BRAAAP 2 Hours Endurance 2022!

November 25, 2022 By Wahid Leave a Comment

91
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBANYAK 44 pasukan mengesahkan penyertaan dalam kejuaraan perlumbaan motosikal BRAAAP 2 Hours Endurance 2022 yang kali pertama berlangsung di Malaysia pada 11 Disember depan.

Perlumbaan itu bakal menyaksikan saingan grid penuh di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang menjanjikan pentas pertarungan hebat semua pelumba.

BACA >>> Selepas Qatar, Kejuaraan MotoGP Bakal Dianjurkan di Arab Saudi

Ketua penganjur, yang juga Presiden BRAAAP Motorsports, Azuan Izadee mengakui teruja dan terharu dengan sambutan cukup memberangsangkan.

Ia menguatkan semangat kami bukan saja untuk menjadikan perlumbaan BRAAAP 2 Hours Endurance 2022 ini sebagai acara tahunan, tetapi acara perdana dalam kalendar sukan permotoran negara."

Kejuaraan ini adalah eksklusif untuk motosikal kapcai dan sportbike 150cc-400cc yang mana pelumba akan berlumba enduran selama dua jam sebagai acara utama, manakala perlumbaan sprint sebagai perlumbaan sokongan.

Penyertaan perlumbaan pula dibuka kepada pelumba professional dan amatur seluruh negara, termasuk beberapa pelumba jemputan luar negara. Pelumba amatur adalah daripada kalangan pemilik lesen lumba sah dikeluarkan Persatuan Sukan Pemotoran Malaysia (MAM).

Kategori profesional pula merujuk kepada pelumba yang pernah menyertai kategori perdana dalam perlumbaan tempatan seperti Kejuaraan Cub Prix Malaysia, Kejuaraan Superbike Malaysian (MSBK) dan antarabangsa seperti Kejuaraan Dunia MotoGP, Kejuaraan Asia Road Racing (ARRC), perlumbaan motosikal remaja antarabangsa Kejuaraan CEV dan FIM Asia Supermoto.

Acara perlumbaan itu juga bakal membabitkan beberapa pelumba jemputan dari negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Taiwan dan Filipina bagi memberi saingan kepada pelumba tempatan selain dapat mempromosikan sukan permotoran Malaysia ke peringkat antarabangsa.

BRAAP Motorsports sebelum ini mempromosikan dua pelumba juara Kejuaraan BRAAP Track Attack ke MSBK.

BACA >>> SuperKIP Kembali Asah Trek, Sertai MSBK 2021 Hujung Minggu Ini
BACA >>> Pecco Cipta 5 Rekod Lain Selepas Muncul Juara Dunia MotoGP 2022

Related

91
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, BRAAAP 2 Hours Endurance 2022, Kejuaraan Superbike Malaysian (MSBK), Litar Antarabangsa Sepang (SIC), lumba motosikal, Persatuan Sukan Pemotoran Malaysia (MAM), sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev