SIDANG kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Thailand menyaksikan beberapa perubahan di sekitar Pusat Konvensyen Queen Sirikit di Bangkok. Antaranya, permukaan jalan sudah diturap dan perubahan landskap dengan tanaman pokok bunga.
Perubahan paling ketara ialah lintasan pejalan kaki kini ada blok latar berwarna merah. Perubahan ini boleh dilihat di beberapa persimpangan termasuk dari Chidlom ke Asok dan sehingga Phra Khanong.
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapakah Lintasan Pejalan Kaki Ada Warna Putih dan Kuning?
Berdasarkan laporan, pemandu kenderaan boleh melihat petanda lintasan berwarna merah itu dari jauh dan juga pada waktu malam.
Much more visible red crosswalks have sprung up in various parts of Bangkok after a series of serious accidents where motorists refuse to stop to allow pedestrian to cross. (Photos by @PravitR) #Thailand #WhatsHappeningInThailand #KE pic.twitter.com/5izO3jTGxs
— Khaosod English (@KhaosodEnglish) October 30, 2022
Gabenor Bangkok, Chadchart Sittipunt memberitahu media tempatan perubahan warna latar lintasan pejalan kaki itu tidak ada kaitan dengan APEC tetapi merupakan sebahagian rancangan menambah baik infrastruktur di kawasan bandar.
Khabarnya, akan ada kira-kira 100 lagi lintasan pejalan kaki akan memiliki warna latar merah di seluruh Bangkok pada masa akan datang.
BACA >>> Denda Maksimum RM300 Jika Seberang Tidak Guna Jejantas, Lintasan Pejalan Kaki
BACA >>> Harga Tol Empat Lebuh Raya Turun, Jimat 5 Sen Hingga 37 Sen!
BACA >>> #TahukahAnda: Ada 184 Tempat Berteduh Motosikal di Lebuhraya PLUS
BACA >>> #FaktaAtauAuta: Benarkah Pemandu China Akan Pastikan Pejalan Kaki Mati Jika Terlanggar?
SUMBER: TimeOut
Leave a Reply