PENGELUAR helmet Itali, Airoh menjalin kerjasama dengan Autoliv untuk menghasilkan konsep helmet baharu yang disepasukan dengan beg udara.
Malah mereka mendakwa ini helmet pertama dunia yang dilengkapi ciri beg udara. Sekadar makluman, Autoliv ialah syarikat pakar beg udara automotif.
BACA >>> Piaggio Group, Autoliv Bangunkan Beg Udara Motosikal, Siap 4-5 Tahun Lagi
Prototaip helmet itu ada dipamerkan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2022. Berdasarkan laporan, projek pembangunan itu mengambil masa dua tahun di fasiliti Airoh dan Autoliv.
Helmet dengan beg udara itu didakwa menawarkan tahap keselamatan lebih tinggi berbanding helmet tanpa beg udara.
Setakat ini, belum ada perincian bagaimana beg udara diaktifkan untuk melindungi kepala penunggang motosikal dalam sesuatu kemalangan.
Berdasarkan foto dan video, bahagian separa keliling helmet itu ada bukaan, dan beg udara dipercayai dipasang di dalam. Perlindungan hanya membabitkan bahagian depan hingga tepi.
Video di bawah menunjukkan helmet beg udara di EICMA 2022. Fungsi dapat ditonton pada minit 3:15.
BACA >>> Pejabat Paten Amerika Dedah Lakaran Beg Udara Payung Terjun untuk Penunggang
BACA >>> Sepanyol Ubah Fikiran, Penunggang Motosikal Tidak Wajib Pakai Jaket Beg Udara
BACA >>> Penunggang Motosikal Sepanyol Bantah Peraturan Wajib Pakai Jaket Beg Udara
BACA >>> Syarikat Perancis Cipta Seluar Beg Udara untuk Penunggang Motosikal, RM2.4k
BACA >>> Held Perkenal Ves Beg Udara yang Padan Semua Jenis Jaket Menunggang
BACA >>> Isu Beg Udara Takata: Honda Mohon Maaf, Jamin Atasi Masalah Stok dan Kapasiti Servis
Leave a Reply