• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan GT-R R35 Black Edition (2016) 'UK Spec' dengan Enjin Stage 4 yang Laju Berdesup!

Nissan GT-R R35 Black Edition (2016) 'UK Spec' dengan Enjin Stage 4 yang Laju Berdesup!

November 17, 2022 By Han Othman Leave a Comment

854
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

JANGAN panggil diri peminat kereta sejati jika tidak pernah meminati Nissan GT-R yang dianggap antara supercar ikonik dan terbaik pernah diperkenalkan Jepun kepada dunia.

Sejak diperkenalkan pada 2007 sebagai versi prestasi untuk Skyline, Nissan kemudian memutuskan menghasilkan produk khas dengan tanda nama GT-R untuk model prestasi tinggi, manakala Skyline pula dikhaskan untuk model sport mewah. Sejak itu, pelbagai edisi Nissan GT-R dikeluarkan di pasaran yang menjadi buruan ribuan peminat supercar pasaran Jepun (JDM).

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Nissan GT-R Dipanggil Godzilla, Bukan Dugong atau Ketam?

Tauke King's Char Kuey Teow (King's CKT), Azra Aizat adalah antara sekian banyak penduduk di Malaysia yang menjadi pemilik Nissan GT-R. Namun, apa yang membezakan Azra dan pemilik Nissan GT-R lain adalah beliau bertuah dapat memiliki Nissan GT-R R35 Black Edition (2016) yang dikeluarkan dengan spesifikasi khas.

Jangan keliru dengan perkata 'Black Edition' yang biasa digunakan sesetengah pengeluar untuk model khas dengan penampilan serba hitam. Ini kerana Nissan GT-R R35 Black Edition (2016) milik Azra ini bermaksud model GT-R versi ringan kerana dipasang banyak komponen gentian karbon.

APA SPESIAL GT-R INI?

Malah, Nissan GT-R R35 Black Edition (2016) milik usahawan itu ialah model spesifikasi UK dengan enjin 3.8L V6 yang dinaik taraf Tahap 4 (Stage 4) dengan talaan enjin daripada tuner Litchfield, manakala sistem ekzos penuh Akrapövic.

Antara komponen dinaik taraf ialah injektor dan pam bahan api. Selepas mendapat talaan tambahan sentuhan tuner Malaysia, hasilnya adalah output kuasa 720hp dan tork lebih 800Nm, manakala pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas di bawah 3 saat!

Modifikasi luaran lain dibuat adalah menaik taraf sistem brek, iaitu menukar cakera brek dan pad brek buatan AP Racing, manakala tayar jenis Michelin Pilot Sport Cup 2 supaya dapat menampung kelajuan baharu yang dihasilkan. Kaliper brek Brembo masih asal dari kilang, cuma dicat semula untuk mengembalikan seri. Rim turut ditukar baharu, tetapi masih original Nissan!

Ruang dalaman masih mengekalkan kerusi Recaro dengan aksen merah hati, dan kemasan karbon pada panel pintu, papan pemuka dan sekeliling ventilator penyaman udara, termasuk menukar unit infotainmen asal yang kecil kepada jenis vertikal dengan saiz skrin lebih besar.

Apa yang menarik lagi, Azra mendakwa supercar Nissan ini memang dipandunya sebagai kereta harian sambil sesekali turun mengasah trek di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Azra mendakwa membeli model edisi khas tahun 2016 ini pada 2021 dengan harga RM498,000. Jangan terkejut harga model sama tahun tersebut kini sudah menjangkau lebih RM600,000 dan lebih mahal jika unit itu keluaran 2017 dan 2018! Ini kerana ia sudah dihentikan pengeluaran. Siapa cakap kereta tidak boleh dibuat pelaburan?

Sedikit mengenai personaliti Azra, beliau mula membuka King's CKT seawal 2011 yang kini sudah mencecah lebih sedekad. Menurutnya, ibunya memang terlibat dalam perniagaan makanan dan minuman yang mana minat terhadapa dunia tersebut mula timbul pada usianya 19 tahun.

Ketika itu pelbagai makanan dijual seperti burger, roti john, ayam goreng dan akhir sekali ialah char kuetiau yang menjadi tarikan ramai peminat hingga dianugerahkan ikon pelancongan daripada Kerajaan Negeri. King's CKT juga mencatat rekod dalam Malaysia's Books of Records kerana menyediakan 1,000 pinggan char kuetiau dalam masa sejam pada Hari Terbuka sempena pembukaan premis restoran itu pada 2019.

Apa yang spesial makan di King's CKT adalah aneka pilihan char kueutiau yang bukan hanya berlauk udang dan kerang sahaja. Tetapi King's CKT turut menyediakan pilihan menu char kuetiau berlaukkan sotong, kambing (lamb chop), makanan laut, daging, dan ayam panggang.

Daripada tiga tenaga kerja, termasuk dirinya, Azra kini memiliki 45 staf bagi menguruskan kelancaran King's CKT. Selamat maju jaya kepada Azra dan restorannya. Jangan lupa tonton video penuh Abang Gan lenjan Nissan GT-R R35 Black Edition (2016) sampai 200mph (lebih 300kmj)!

BACA >>> Nissan GT-R Nismo (2022) - 300 Unit Habis Ditempah Dalam Masa 3 Bulan
BACA >>> Nissan GT-R NISMO Special Edition (2021) Dapat Bonet Karbon, Enjin Ditala Semula

Related

854
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Azra Aizat, King;s CKT, King's Char Kuey Teow, Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Litchfield, Nissan GT-R R35 Black Edition (2016), Roda4, Supercar, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my